Selebriti yang juga usahawan, Wak Doyok, memohon maaf kepada kerabat diraja negeri Johor kerana memakai cincin yang ditempa dengan lambang rasmi Sultan Johor. Terdahulu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim telah membuat teguran mengenai bentuk cincin tersebut yang menyalahi undang-undang negeri Johor. : KitaReporters

Wak Doyok memohon maaf kepada Tunku Idris Iskandar (kanan).

Permohonan maaf ini ditampilkan oleh Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 40, dalam posting dalam Instagramnya @ Wak Doyok pada Selasa, 28 April 2020.

Permohonan maaf ini dibuat sebagai susulan teguran Tunku Idris dalam Instagramnya @Tunku_Idris yang menuntut Wak Doyok memberi penjelasan.


Baru-baru ini baginda telah mendedahkan kesalahan sebuah akaun Instagram yang merupakan pemilik perniagaan jam tangan dan barang kemas.

Pemilik akaun bernama Caroz Wooden itu didakwa telah menghasilkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang diraja Johor, yang merupakan lambang peribadi Sultan Johor.

Jika dilihat pada kapsyen gambar tersebut, cincin perak itu ditempah oleh selebriti dan usahawan popular Wak Doyok.

Tunku Idris menerima permintaan maaf Wak Doyok dalam postingan Instagramnya pada Selasa, 28  April 2020.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa menjadi kesalahan menggunakan lambang diraja sesebuah negeri dengan tujuan peribadi. 

Ini termasuklah gelaran dan anugerah kurniaan Sultan Johor di mana hanya boleh digunakan dengan kelulusan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Diraja Johor.

Posting permohonan maaf Wak Doyok

Berikut adalah permintaan maaf daripada Wak Doyok yang disiar sepenuhnya:

"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

"Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun ke majlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya. 

"Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan. 

"Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. 

"Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

"Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja. @tunku_idris 🙏🏻 Daulat Tuanku 🙏🏻 Wassalaam."

Mereka yang didapati menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika diraja negeri Johor untuk tujuan perdagangan (komersial), pekerjaan dan persendirian boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun

Posting Tunku Idris yang menerima permintaan maaf Wak Doyok

Sementara itu, Wak Doyok kini melakukan kerja kemanusiaan dengan mengikut kumpulan tertentu dalam membantu mereka yang terkesan teruk dengan pandemik Covid-19 dengan barangan keperluan asas serta petugas barisan hadapan.

Wak Doyok turut melakukan kerja sukarelawan dalam musim Covid-19 melanda.


Bagi memastikan perniagaanya tetap berjalan, Wak Doyok mengakifkan perniagaan secara dalam talian (online).

Wak Doyok memberi tumpuan perniagaan secara online

0
0
1
1
0

Copy Link: