Video| Pikacu jual belon harga seikhlas hati! Raih simpati pembeli, orang ramai beri sumbangan

Published by
KitaReporters

Salah seorang wanita bergambar bersama penjual belon yang memakai kostum watak popular kanak-kanak, Pikacu berhampian stesen minyak di Kodau, Kota Bekasi, Jawa Barat, Indonesia. - Kredit foto-foto: Video TikTok @dwitaayu, @iniakudww dan Tribun Timur.


SESEORANG berniaga tentunya untuk mencari untung dan dijadikan sebagai sumber pendapatan lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang kacau bilau sekarang. Tidak kiralah keuntungan diperoleh itu lumayan atau sebaliknya.

Namun bagi seorang lelaki yang sudah berkeluarga pekerjaannya menjual belon agak berlainan caranya dengan orang lain. Malahan inisiatif yang dilakukannya lebih kepada tujuan ikhlas bagi menceriakan kanak-kanak yang suka bermain belon.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan belon:

https://kitareporters.com/search?search=belon



Dengan idea kreatif menggunakan kostum watak kartun Pikacu, yang menjadi kegemaran kanak-kanak, lelaki ini menjual belon hanya mengenakan bayaran seikhlas hati kepada sesiapa sahaja yang membeli belon jualannya.

Video mengenainya yang dimuat naik melalui aplikasi Tiktok akaun bernama @iniakudww menjadi tular dalam media sosial dan media tempatan di negara jiran Indonesia sejak beberapa hari yang lalu.


Salah seorang pemilik aplikasi Tiktok menunjukkan kepada lelaki si penjual belon yang tular dalam media sosial mengenai cerita beliau yang dipaparkan dalam telefon bimbit sambil diperhatikan oleh rakannya.



Menurut perakamnya, video itu diambil berhampiran sebuah stesen minyak di Kodau, Kota Bekasi, Jawa Barat, Indonesia semasa beliau bersama rakannya hendak mengisi minyak di pam minyak berkenaan.

Tertarik dengan badut yang memakai kostum Pikacu itu, dia bersama rakan cuba menghampiri lelaki penjual belon itu kerana rasa kesian melihat tidak ada orang yang membeli jualannya.

Tujuan ke tempat badut berkenaan untuk membeli belon yang dijual tetapi setelah mendekatinya kedua-dua wanita tersebut agak terkejut kerana mendapati tertera tulisan perkataan "Seikhlasnya jual belon" pada kotak khas tempat duit yang tergantung pada badan peniaga itu.

Setelah bersembang dengan penjual belon tersebut dan mengambil beberapa keping gambar bersama belon dan kostum Pikacu, kedua-dua perakam video dan rakannya menyatakan hasrat membuat kutipan derma bagi membantu beliau yang jelas memperlihatkan sifat ikhlas dan jujur dalam berniaga.


Sekalipun bayaran yang dikenakan hanyalah seikhlas hati namun penjual belon ini tetap gigih dengan peniagaannya untuk mencari rezeki harian.



Lelaki pertengahan umur ini yang mempunyai anak tunggal setelah tiga daripadanya meninggal dunia sebelum ini pernah bekerja di kota kosmopolitan Jakarta. 

Bagaimanapun disebabkan mengalami kecederaan serius pada kepala dan salah satu urat pada bahagian tangannya terputus semasa bekerja dan dia kembali ke kampung halaman dan mengambil keputusan menjadi peniaga belon.  

"Saya melakukan perniagaan ini kerana sebelumnya anak saya suka bermain belon, selain dapat membantu keluarga di mana anak-anak mereka mengemari belon," ujarnya dengan wajah riang ketika membuka bahagian kepala kostum berkenaan.


Lelaki penjual belon yang mengenakan harga seikhlas hati jualannya mempunyai sejarah hidup yang tersendiri di mana kematian tiga orang anaknya dan pernah cedera parah pada kepala dan putus salah satu urat tangannya semasa bekerja di Jakarta sebelum ini.


Badut Pikacu ini selain menjual belon berbagai saiz dan warna juga membenarkan sesiapa sahaja lebih-lebih lagi anak-anak yang ingin bergambar bersama watak kartun kegemaran kanak-kanak itu.

Selepas mengambil gambar kekal atau rakaman video dan meletakkan kembali belon berbagai bentuk, seseorang boleh memasukkan duit seikhlas hati ke dalam tabung yang ada pada lelaki berkenaan.


Badut penjual belon yang memakai kostium watak popular kegemaran kanak-kanak, Pikacu menarik perhatian bagi mereka yang berurusan disalah sebuah stesen minyak di Kodau, Kota Bekasi.


Sementara itu, rakannya yang menggunakan akaun nama @dwitaayu melalui aplikasi Tiktoknya berharap orang ramai yang melalui kawasan itu membantu penjual belon tersebut dengan membeli belon atau menyumbang derma untuk membolehkan dia meneruskan kelangsungan kehidupan hariannya.   

Malahan hasil paparan video berkenaan telah menimbulkan rasa simpati orang ramai kepada penjual belon yang kini menjadi tular dan menjadi bualan ramai.

Lelaki penjual belon berkenaan mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada mereka yang menghulurkan sumbangan semoga semuanya diberkati dan sihat sejahtera sentiasa.


Lambaian seorang yang meminati Pikacu, watak kartun digemari kanak-kanak ketika menemui penjual belon yang memakai kostum tersebut.



Sementara itu, portal berita Tribun Timur melalui laporannya pada Selasa, 9 Mac 2021 menyatakan badut Pikacu penjual belon di Kodau kini mendapat perhatian ramai.

Sehingga Isnin, 8 Mac 2021, lebih kurang 6 juta rupiah atau kira-kira RM1,715.65 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan beliau.

"Jika anda membeli belon yang dijual lelaki ini bererti anda tidak menolong seorang pengarah urusan membeli kereta mewah baharu, tetapi anda membantu seseorang mencari sesuap nasi untuk dimakan esok secara halal," tulis seorang yang menggunakan nama @ serendipity dalam ruangan komen.

Bagi @mosesrafaell pula melalui hantarannya, dia menyatakan di tengah-tengah kesulitan, penjal belon itu masih dapat mengajar erti keikhlasan. "Sentiasa sihat, tuan. Mari mulakan sekarang untuk berkongsi cinta kita!"

Manakala menurut @mieayambobagreentea pula, beberapa orang yang berniaga hanya ingin menjadi lebih kaya ,tetapi orang seperti peniaga belon itu menjual hanya untuk mencari sesuap rezeki untuk keluarga. - KitaReporters



Dua wanita bersama dengan badut penjual belon yang mengenakan kostum Pikacu berhampiran stesen minyak di Kodau.

1
0
0
0
0

Copy Link: