Video| Suami intip isteri berselingkuh dengan ketua kampung! Rupanya mereka sudah nikah siri!
Published byRI (kiri) dan Subandi
SEORANG suami terpaksa mengajak anggota polis untuk menangkap isterinya yang dikatakan berselingkuh (berzina) yang telah melakukan hubungan intim sebanyak 30 kali dengan Ketua Kampung Karangwedoro, Kecamatan (mukim) Turi, Lamongan, Jawa Timur pada 4 Jun 2021.
Apa yang menyedihkan suami terbabit yang dikenali sebagai A, selepas
pasangan berkenaan berjaya ditangkap, isteri A yang bernama RI,
30, mengaku sudah bernikah siri (pernikahan tidak berdaftar dengan pihak berkuasa atau kahwin senyap) dengan ketua kampung berkenaan yang bernama Subandi,
49.
Sebelum itu, RI dikatakan masih isteri yang sah kepada A, manakala Subandi pun sudah mempunyai isteri serta anak-anak dan semasa mereka ditangkap, isteri Subandi tiada di rumahnya kerana pulang ke kampung halamannya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berselingkuh
SUBANDI dan RI masing-masing menunjukkan surat nikah siri (kahwin tak berdaftar atau kahwin senyap) di Balai Polis Lamongan, Jawa Timur. - Kredit foto: Tribunnews.com
Menurut laporan Tribunnews.com pada 15 Jun 2021 lalu dipetik berkata, A sudah mula curiga kecurangan RI terhadapnya sejak dia bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Subandi pada April 2021 lalu.
Walaupun sebelum itu A sering menasihatkan isterinya supaya RI berhenti berkerja di rumah ketua kampung berkenaan tapi isterinya tetap berdegil untuk meneruskan pekerjaannya di situ dan adakalanya dia tidak pulang ke rumahnya kerana tidur di rumah ketua kampung itu.
Sikap kedegilan isterinya itu menyebabkan A semakin meragui terhadap kejujuran isterinya lalu boleh dikatakan setiap malam suaminya pergi ke rumah Subandi untuk mengintip perbuatan isterinya yang sudah berselingkuh dengan Subandi itu.
Apabila yakin dengan perbuatan isterinya yang telah menduakannya lalu A membuat laporan polis mengenai perselingkuhan isterinya sendiri.
Ketua Polis Daerah Lamongan, AKBK Miko Indrayana berkata,
ketika serbuan dibuat pada malam tersebut oleh pihak polis bersama beberapa
pemimpin masyarakat setempat mendapati rumah Subandi berkunci.
Beliau berkata, selepas rumah itu dibuka pihaknya mendapati hanya RI yang ada di rumah, manakala Subandi tiada kerana bersembunyi di atas bumbung rumahnya.
``Selepas kedua-dua mereka ditangkap, masing-masing mengaku bahawa mereka sudah menikah siri sejak dua bulan lalu dan sepanjang perkahwin mereka itu Subandi mengaku sudah melakukan hubungan intim sebagai suami isteri sebanyak 30 kali,’’ kata Miko.
Mendengar perjelasan Subandi itu, A yang ketika itu berada bersama dalam operasi tersebut amat terkejut bahawa isteri yang tersayang itu sudah berkahwin dengan Subandi secara nikah siri sejak dua bulan lalu.
Nikah siri adalah biasa dilakukan di negara Indonesia iaitu upacara pernikahan yang dijalankan secara senyap tanpa pengetahuan orang ramai dan ia dilaksanakan berdasarkan aturan agama serta adat resam masyarakat setempat.
Miko berkata, pasangan terbabit ditahan di bawah Pasal 284 KUHP tentang perzinaan mereka yang didapati bersalah boleh membawa hukuman sembilan bulan penjara. - KitaReporters
MIKO INDRAYANA