Shuib terus mohon doa saat Siti Sarah kembali kurang oksigen! Semoga Allah berikan kesembuhan!
Published byKEADAAN kesihatan penyanyi Siti Sarah Raissuddin kembali merosot apabila paras oksigen menurun sehingga paras 40 hingga jam 8 malam Ahad, 8 Ogos 2021 menyebabkan keadaan Shuib Sepahtu menjadi sebak dan agak cemas sebelum dia memulakan majlis bacaan Yasin secara dalam talian.
Kini Shuib kini seolah-olah sedang bermain` tarik tali` dengan takdir dan dengan masa dalam usahanya yang tidak pernah kenal penat lelah, sudah masuk hari ketiga hari ini untuk mendoakan kesembuhan isterinya.
Lagi cerita-cerita menarik Shuib Sepahtu
Portal Mingguan Wanita yang memetik officalhlive yang memuat naik keadaan terkini keadaan Siti Sarah, 36, menunjukkan rakaman Shuib yang memberitahu: "Sebelum masuk sesi zoom ni, tadi doktor call beritahu keadaan Sarah sangat tidak baik sekarang ni. Sangat-sangat tidak baik."
"Dia punya oksigen tinggal 40, Doktor cuba terbalikkan dia,” kongsi Shuib sebelum memulakan bacaan Yassin bagi mendoakan kesembuhan isterinya.
Masuk hari ni, sudah lebih 40 jam Siti Sarah ditidurkan selepas dia menjalani pembedahan melahirkan bayinya Jumaat, 6 Ogos 2021 lalu.
Sebelum ini bekas juara Maharaja Lawak, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad tidak putus-putus memohon seluruh rakyat berdoa untuk kesembuhan isterinya. Dan semalam, wajah kembali ceria dan mengucapkan kesyukuran yang tidak terhingga selepas doktor memaklumkan keadaan Siti Sarah Raisuddin semakin stabil.
Kerana setakat pukul 6 petang Sabtu, kadar oksigen Siti Sarah sudah mencecah paras 85 berbanding paling rendah sebanyak 40 pada pukul 11 malam Jumaat, 6 Ogos 2021 sedangkan kadar ideal oksigen bagi manusia ialah melebihi 95 peratus.
Perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu.
Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu, 4 Ogos 2021 kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dijangkiti Covid-19.
Pada Jumaat 6 Ogos, dia yang hamil tujuh bulan, selamat menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang.
Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil. Anak bongsu mereka itu kini masih ditempatkan di HCTM.
Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6, turut disahkan positif Covid-19. Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
“Pada awalnya doktor maklumkan anak kami tidak bernafas dan tidak bergerak tetapi selepas memantaunya… sudah mula menunjukkan perkembangan, sudah mula menendang kaki dan menggenggam tangannya selain sudah membuka mata,” cerita Shuib dalam nada penuh syukur.
Siti Sarah dan Shuib. - Kredit foto: IG Shuib Sepahtu
Sebelum ini, Shuib berkata berkat kebaikan dan doa seluruh rakyat Malaysia, beliau melihat keajaiban yang berlaku di depan matanya apabila kesihatan Siti Sarah semakin baik. Dan bayi mereka juga sudah mula menunjukkan tanda-tanda positif dengan membuka mata dan menggerakkan kakinya.
“Allah yang Maha Baik. Allah bantu saya dan Siti Sarah dengan memberikan rahmat-Nya, Dihadirkan ramai orang berdoa, membaca Yasin dan mengadakan solat hajat tanpa henti.
“Berkat kebaikan semua orang pada isteri saya itu, Allah hadirkan keajaiban buat saya. Keajaiban itu berlaku di depan mata saya. Saya amat-amat bersyukur dan menginsafi kebaikan Allah buat saya dan isteri,” kata Shuib.
Sebelum ini sesi bacaan Yasin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom disertai 157 kenalan pasangan itu.
Selepas berhari-hari melalui detik-detik yang sukar sehingga tidak lelap tidur serta hilang selera makan, Shuib mengakui, berlaku di depan matanya dan dia kembali teruja dan yakin Siti Sarah akan sembuh.
Hampir semua artis mendoakan agar Siri Sarah kembali sembuh dengan kiriman doa mereka memenuhi Facebooknya.
“Di
sebalik ujian ada kemanisan yang Allah berikan. Saya sangat beremosi dan
terlalu seronok melihat keprihatinan rakan-rakan kami yang saling berganti
menghadiahkan bacaan Yasin, solat hajat serta doa yang tidak putus-putus buat
Siti Sarah serta anak kami.
“Saya seperti mendapat semangat baharu. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” kata Shuib. - KitaReporters