Video| Banjir tetapi kenduri kahwin diteruskan! Tetamu naik sampan! Seronok makan-makan dalam air!

Published by
KitaReporters


Majlis perkahwinan sudah dirancang awal, namun keadaan cuaca yang tidak menentu boleh mengakibatkan banjir boleh menjejaskan majlis.

Bayangkan betapa hampanya tuan rumah dan pasangan pengantin apabila kenduri yang sudah dirancang tidak dihadiri jemputan kerana masalah  banjir dan berlaku pembaziran makanan.

Bagi mengatasi masalah itu, satu keluarga di wilayah Barabai, Kabupaten Hulu Sungai Tengah, Kalimantan Selatan mempunyai cara tersendiri menjemput para jemputan hadir pada majlis kahwin yang sudah dirancang.



Para tetamu dijemput dengan sampan khas yang dihias berwarna merah ke kawasan majlis. Sampan itu berulang alik menjemput tetamu yang menanti dari tempat yang tidak digenangi air.

Para tetamu dibawa ke meja dan kerusi yang digenangi air. Walaupun pakaian dan kaki basah sehingga paras paha, namun para tetamu tetap gembira menyantap hidangan.

Selain makan, para tetamu turut menyaksikan majlis persandingan yang dibuat atas satu pentas yang digenangi air.  Kepulangan tetamu juga dihantar dengan sampan itu. Jumlah tetamu yang hadir adalah sekitar 400 orang.



Ia mengembirakan tuan rumah yang turut memberi sebekas makanan untuk dibawa pulang untuk setiap tetamu mengikut adat di Kalimantan. 

Keadaan majlis kahwin dalam banjir itu di Indonesia itu tular setelah dimuat naik dalam akaun TikTok  @devymaulidyaaa pada Khamis, 18 Januari 2024.



Dalam video itu terlihat pengantin memakai kot dan gaun berwarna biru. Kedua-dua pengantin duduk di atas pelamin dengan dekorasi bunga-bunga yang cantik. 

Dekorasi yang menarik itu menjadi kontras dengan genangan air berwarna keruh yang mengelilinginya.

Dalam satu lagi video memperlihat para tetangga bekerjasama membantu menguruskan majlis apabila ia berakhir. - KitaReporters

14
14
0
14
0

Copy Link: