Video| Sejuk perut ibu mengandungkanmu! Adik ini sibuk susun kasut di masjid! Bagi doakan ibu bapa!

Published by
KitaReporters


Mendidik anak itu seeloknya sejak mereka kecil lagi agar mereka dapat menjadi seorang insan yang berakhlak mulia sepanjang kehidupan.

Kanak-kanak akan melihat contoh daripada ibu bapa sejak kecil dan daripada sekecil-kecil perkara akan mereka contohi dan ikuti.

Tular sebuah video dalam Tiktok apabila seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menyusun selipar jemaah surau tersebut tanpa disuruh dan ikhlas melakukannya.



Dilihat dalam video tersebut pada mulanya kanak-kanak ini  berseorangan dan agak gelisah. Rupa-rupanya dia menyusun selipar dan juga kasut di surau tersebut apabila satu keluarga tiba.

Dia terus menyusun selipar tersebut dengan gembiranya. Semua selipar tersebut disusun dengan rapat agar dilihat kemas dan teratur.Setelah menyusun kanak-kanak ini juga dilihat solat berjemaah. 

Pemilik video ini telah bertanya kepadanya mengapa dia menyusun selipar?

Kanak-kanak ini memberitahu dia lakukan ini untuk mendapatkan pahala dan juga selalu mendoakan ibu bapanya supaya dimurahkan rezeki selalu. 


Moga adik ini dipermudah urusan dan sentiasa membantu orang.


Rata-rata netizen yang melihat video ini memberi pujian kepada kanak-kanak ini atas tindakannya itu. Bukan itu sahaja, netizen juga memberitahu di masjid tersebut terdapat kanak-kanak lain yang rajin menyusun kasut. - KitaReporters

13
15
0
12
0

Copy Link: