.


Masjid Wakaf Abdullah, Kelurahan Kepanjin, Kecamatan Kota, Kabupaten Sumenep, Jawa Timur pada Sabtu 1 Mac 2025 diserbu oleh ribuan jemaah sejak petang untuk berbuka, solat maghrib dan bertarawih.

Ia bukan hanya dari  kalangan penduduk setempat. Malah turut hadir sejumlah penduduk dari daerah lain di Sumenep.

Setelah kawasan masjid penuh, jemaah lelaki dan wanita turut memenuhi radius 50 meter dari masjid dan membentang sejadah bagi menunggu maghrib untuk berbuka.



Pihak polis mengawasi kelancaran lalu lintas dan tidak berlaku sebarang kekecohan. 

Kehadiran ramai jemaah daripada kebiasannya itu disebabkan mendengar berita ada sumbangan Ramadan berjumlah Rp300 ribu (kira-kira RM82) setiap seorang.

Sumbangan itu adalah daripada jutawan Sumenep, Said Abdullah atau nama penuhnya Muhammad Said Abdullah.  

Said Abdullah kelahiran Sumenep adalah ahli politik daripada parti Partai Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P). Dia kini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belanjawan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).


SAID ABDULLAH


Sejak beberapa tahun dahulu setiap tahun, Said Abdullah akan mengadakan sumbangan kepada jemaah beberapa masjid di Sumenep pada minggu pertama secara bergilir mulai hari pertama puasa.

Wang sebanyak Rp300 ribu dianggap ‘besar’ bagi  golongan berpendapatan rendah di Sumenep dan ia mampu memberi makan sekeluarga untuk beberapa hari.

Selain jemaah Masjid Wakaf Abdullah, turut menerima sumbangan daripada jutawan ini ialah jemaah Masjid Naqsyabandi, Masjid Laju, Masjid Fatimah Said Gufran dan Mushala Taman Baantar serta beberapa masjid lain.




Bagi sumbangan Ramadan, Said Abdullah memperuntuk sebanyak 15 ribu sampul untuk jemaah masjid. Setiap sampul mempunyai wang bernilai Rp300 ribu.

Dan beberapa petugas membahagikan sampul berwang itu selepas tarawih 8 rakaat. 

Selain jemaah di dalam masjid, selebihnya petugas turut memberi sampul berwang itu kepada jemaah di luar masjid. Namun ramai jemaah di luar masjid kecewa kerana sampul berwang sudah kehabisan. - KitaReporters


15
10
0
14
0

Copy Link: