Senarai Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu MaRMA bagi tahun 2025.


Isu kesihatan mental golongan B40 dan miskin akan terus dibela dan diperjuangkan oleh NGO MaRMA (Malaysia Relief Mind Association) khususnya oleh barisan Jawatankuasa baharu 2025 . 

NGO ini yang diwujudkan dua tahun lalu, telah menjadi tempat luahan emosi pesakit dan penjaga (caregiver), juga tempat mendapat maklumat dan bantuan segera melalui group WhatsApp dan FB page yang diwujudkan khas untuk orang ramai yang memerlukan apa-apa maklumat dan nasihat mengenai pesakit mental .

Grup ini juga menjadi wadah penjaga dan pesakit bertanya mengenai beberapa prosedur dan langkah langkah awal untuk membantu mereka yang mengalami sakit mental. 

Grup WhatsApp yang diberi nama Perkongsian Penjaga Pesakit Skizo mempunyai lebih 100 ahli begitu juga grup yang diberi nama Pesakit dan Penjaga Skizofrenia juga mempunyai lebih 100 ahli. 


Ini FB MaRMA.


Tujuan asal penubuhan MaRMA adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai masalah mental khususnya jenis skizofrenia. 

NGO ini juga berperanan memberi sokongan emosi dan bantuan nasihat dan maklumat kepada mereka yang sangat memerlukan panduan menjaga pesakit mental. 

Dalam jangka masa panjang, NGO ini berhasrat menyediakan tempat rehablitasi dan fasilitasi bersesuaian yang dapat membantu pesakit mental ke arah pemulihan dan boleh berdikari serta kembali pada masyarakat. 

Sekarang pihak MaRMA sedang giat menjalankan aktiviti mencari dana dan bantuan tertentu untuk menubuhkan Pusat Rehablitasi berkenaan.



Bagi tahun 2025 antara aktiviti yang dirancang oleh MaRMA adalah Virtual Fun Walk yang telahpun mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa pihak seperti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental (NCEMH) Kementerian Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam. 

Selain itu, sesi FB live bersama Pesakit Skizofrenia yang telah pulih juga akan diadakan pada hujung January 2025 ini. 

Sebelum ini FB live bersama Penjaga Pesakit Skizofrenia pada 30 November 2024 mendapat 1,500 penonton. Ini satu pencapaian yang terbaik buat permulaan bagi MaRMA. 

Aktiviti "Meet and Greet" juga dirancang untuk bertemu penjaga dan pesakit mental bagi memberikan mereka satu ruang interaksi dan menjalin silaturahim sesama mereka yang mengalami nasib yang sama. 



Semoga usaha murni MaRMA untuk membantu penjaga dan pesakit skizofrenia akan mendapat sokongan daripada banyak pihak.

Dengan peningkatan jumlah pesakit mental yang sangat membimbangkan setiap tahun, MaRMA ingin membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi dan nasihat serta berusaha mendapatkan dana yang cukup untuk menubuhkan pusat rehabilitasi untuk pesakit mental jenis skizofrenia. - KitaReporters


Ini IG MaRMA

15
13
0
12
0

Copy Link: