Video| Lembu rempuh kereta, motosikal, penduduk! Terkejut dengar siren bomba! Ada rosak, ada cedera!
Published by.
Walaupun tiada pihak berkuasa tempatan yang membenarkan, namun masih terdapat penternak menjadikan jalan termasuk jalan raya sebagai tempat haiwan ternakannya untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
Akibatnya ia boleh menjejaskan pandangan dan kesihatan apabila ada haiwan ternakan itu yang berak dan kencing sepanjang perjalanan.
Satu keadaan tanpa diduga terjadi di Jalan Antang, Manggala, Makassar, Sulawesi Selatan pada Khamis, 26 Disember 2024. Jalan itu selalu diguna oleh gembala untuk membawa lembu-lembu mereka.
Sekawan lembu daripada bapa, ibu hingga anak-anak yang sedang dibawa seorang pengembala terkejut apabila mendengar siren kereta bomba.
Kerana terkejut gerombolan lembu itu panik. Lalu kesemuanya berlarian tak keruan dan melanggar kereta dan motosikal yang terletak di tengah dan tepi jalan.
Ada juga lembu yang mengejar dan menyondol orang ramai yang berada di tepi jalan. Ada penduduk yang jatuh dan cedera yang perlu mendapat rawatan di klinik.
Pengembala juga panik dan tidak mampu mengawasi tindakan kawanan lembu itu.
Sementara itu menurut salah seorang anggota bomba, siren terpaksa dibunyikan kerana pasukan mempunyai tugas memadamkan kebakaran yang hanya boleh diikuti melalui jalan itu yang disekat kawanan lembu itu.
Mereka yang dirugikan dengan kerosakan pada kereta dan motosikal serta kecederaan menuntut ganti rugi.
Tetapi kepada siapakah tuntutan hendak diberi. Kereta bomba perlu bunyikan siren untuk cepat bergerak.
Mungkin tuntutan boleh diberi kepada si pengembala selaku pemilik lembu-lembu itu. Dia tidak mempunyai kebenaran membawa lembu-lembunya di jalan.
Mungkin pihak berkuasa tempatan boleh bertindak bagi membawa si pengembala ke mahkamah untuk dihukum.