Video| Bunga untuk Ratu Elizabeth II ada dijadikan baja! Ada disemai semula! Bagi peringati baginda!
Published byPULUHAN ribu jambakan bunga dari kawasan istana dan kawasan yang disediakan khas untuk meletakkan bunga sebagai tanda kasih kepada mendiang Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September 2022 lalu sudah pun dibersihkan dan dihimpunkan di lokasi khas untuk dikompos sebagai baja dan benih untuk disemai semula.
Kakitangan dengan dibantu oleh sukarelawan mengutip bunga-bunga dari Taman Bunga Green Park London dan tempat-tempat khas yang di bandar-bandar lain di seluruh Britain, bertungkus-lumus mengasingkan bunga daripada ikatannya bagi memastikan yang mana boleh dijadikan baja dan disemai semula. Mereka berharap bunga yang kembali tumbuh itu sebagai satu memori kepada ratu.
Baja itu nanti akan diselerakkan di kawasan taman bunga sekitar London, juga untuk suburkan tanah bagi semaian semula itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tanaman bunga
Orang ramai meletakkan jambangan bunga di depan pagar Buckingham Palace pada 9 September 9 di London bagi memperingati Ratu Elizabeth II mangkat pada 8 September 2022.
Bunga-bunga itu dibawa menggunakan dua ekor kuda Heath,17, dan Nobby, 14, ke kawasan kompos khas di Taman Bunga Kensington untuk dijadikan menjadi baja yang sudah tentu baunya yang semerbak wangi.
"Sebagaimana yang disukai baginda ratu," demikian kata orang ramai yang tekun melihat proses pengumpulan bunga-bungaan berkenaan.
The Independent TV News melaporkan kuda-kuda itu pernah muncul masa sambutan perayaan Jubli Platinum Monarki.
Kedua-dua kuda itu kali ini berulang-alik membawa bunga berkenaan dan ada yang ibaratkan haiwan itu bertungkus lumus 'berkhidmat' kali terakhir kepada ratu membawa bunga-bunga yang sudah separuh layu ke Green Park hingga ke Taman Kensington.
Agensi berita CNN melaporkan, sukarelawan itu termasuk pengakap lelaki dan perempuan membantu membersihkan bunga-bunga.
Mana yang masih segar dihantar ke hospital dan rumah orang tua dan bunga yang sudah layu akan diproses sebagai kompos untuk membajakan taman-taman bunga di Istana Kensington.
Newsweek memetik New York Times melaporkan ketika Lady Diana Spencer meninggal dunia dalam nahas kereta dalam terowong di Paris 25 tahun lalu, orang ramai yang berkabung menghantar 60 juta kuntum bunga di Istana Buckingham dan kediaman Diana, Istana Kensington.
Nyatalah, bunga untuk Ratu Elizabeth tidak boleh menandingi bunga untuk bekas menantunya, digelar Ratu Rakyat oleh penduduk dunia.
Bunga untuk Lady Diana ketika meninggal dalam nahas kereta pada 31 Ogos 1997. Orang ramai membandingkan mentua dan menantu dapat hadiah bunga masa kematian mereka.
Sementara itu pula, kuntuman bunga yang menghiasi pekarangan di Istana Hillsborough di Ireland Utara dikutip dan diasingkan untuk tujuan yang sama. Sebagai baja atau benih yang baik akan ditanam semula.
Pengunjung yang hadir di istana itu meletakkan lebih 40,000 kuntum bunga, nota dan kad ucapan. Bunga berkenaan dibersihkan selepas pengkebumian negara selesai pada 19 September 2022.
Majalah Hello dalam laporannya, Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September 2022 dan disemadikan pada 19 September lalu turut dibekalkan dengan bunga yang pernah menjadi penyeri perkahwinanan ratu pada 1953. Raja Charles III yang memilih bunga berkenaan untuk menghiasi keranda bondanya termasuk rosmary dan myrtle. Juga Oak English adalah lambang kekuatan cinta.
Bunga itu dipetik dari Istana Buckingham, Clarence House and Highgrove House. Manakala bunga yang dihadiahkan oleh orang ramai termasuklah lili Asia, gladiol, lili incas dan eustoma (lisianthus atau prairie gentian).
Raja Charles yang memilih bunga berkenaan untuk menghiasi keranda bondanya termasuk rosmary dan myrtle di atas keranda bersama mahkota.
Ratu adalah penaung kepada Royal Horticultural Society Society sejak 1952 selepas kematian ayahnya. Pertubuhan itu yang diwarisi sejak era Victoria lagi. Baginda menjadi tetamu istimewa pada Pertunjukan Bunga Diraja Chelsea setiap tahun.
Walaupun tidak cekap berkebun, baginda sering menceritakan menanam pokok, bunga dan tumbuh-tumbuhan lain adalah sumber keceriaan sepanjang hayatnya.
Sejak abad ke-18 lagi kerabat diraja memberi kebenaran nama mereka digunakan untuk menamakan bunga mawar termasuk Ratu Victoria iaitu Queen Victoria Lobelia sehingga kepada Ratu Elizabeth II.
Malah ketika meraikan Jubli Platinum Ratu, satu baka mawar dinamakan 'Queen Elizabeth II Rose' yang dihybridkan daripada Harkness Roses. - KitaReporters
Seorang kanak-kanak menyentuh bunga untuk Ratu Elizabeth II di di kawasan memorial Green Park.