Video| Semoga pak cik lejen cepat sembuh! Pak cik jual air kopi kaww murah, viral kini jatuh sakit!

Published by
KitaReporters



PERKONGSIAN seorang wanita mengenai keadaan kesihatan seorang pak cik yang dikenali sebagai penjual air kopi murah dan padu sehingga viral kini jatuh sakit mengundang rasa sedih orang ramai dalam media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @ciksueajak, beliau yang merupakan rakan niaga yang berniaga di lokasi sama memaklumkan pak cik itu yang dulu bertenaga membancuh kopi kini tidak bermaya disebabkan masalah kesihatan.


Lagi cerita-cerita menarik bekaitan minuman berperisa kopi


“Pasti ada yang merindui air bungkus pakcik Sobri. Air bancuhannya yang kawww, murah pulak tu. Saya sebagai sahabat yang sama berniaga di tempat yang sama ingin memberitahu semua pelanggan pakcik yang pakcik air bungkus sekarang kurang sihat.

Keadaan pak cik masih lemah. Sebelah badan tidak rasa tapi masih boleh bergerak. Buat masa sekarang pak cik hanya boleh minum susu melalui tiub yang doktor pasang. Ketika ini hati sayu melihat pakcik yang dahulunya seorang yang sangat kuat,” kongsinya menerusi aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai berasa sedih melihat keadaan pak cik itu serta sudah merindui untuk menikmati kopinya namun mendoakan beliau diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.





“Sehari sebelum sakit sempat lalu nampak gerai pak cik ramai orang. Esok itu pak cik sakit. Semoga Allah merahmati pak cik dunia akhirat,” ujar @MADER.

“Peramah pak cik ini dengan kakak yang selalu ambil pesanan. Servis tetap laju walaupun ramai orang,” kata @pananna.

“Semoga pak cik cepat sembuh, sihat dan dipermudahkan urusan.  Tak sempat nak merasa air kedai pak cik ini sebab masa pergi dulu ramai betul orang,” jelas @shim_nzri. -  KitaReporters


11
14
0
6
0

Copy Link: