Misi Kemanusiaan Banjir Thailand! NGO-NGO Terengganu bantu bersih, bina rumah! Juga serah sumbangan!

Published by
KitaReporters

 

Sukarelawan NGO Terengganu menyertai misi kemanusiaan bantuan banjir di Thailand


PERSATUAN Prihatin Anak Watan Terengganu dan GTN Care melebarkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan dengan merentasi sempadan negara dalam menggerakkan misi kemanusiaan membantu mangsa banjir.

Persatuan terbabit berada di Pekan Tanjung Mas, Narathiwat, Thailand, dalam misi bantuan dan membina rumah mangsa banjir di wilayah Selatan Thailand itu.


Ariffin Deraman


Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, usaha kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) itu dibuat selepas mereka selesai membantu rakyat di Terengganu dan Kelantan yang ditimpa musibah sama.  

Katanya, menerusi program itu, 105 anggota sukarelawan bersama 30 buah kenderaan daripada beberapa NGO lain turut menjayakan misi tersebut. 

"NGO yang turut serta adalah Jabatan Amal dan Khidmat Malaysia Wakaf Mempelam," katanya.


Sukarelawan Terengganu bergambar bersama sukarelawan Thailand


Katanya, tujuan sukarelawan berkenaan turun misi banjir untuk membina rumah, pembersihan dan agihan barang. 

"Kami bahagikan kepada kumpulan membina rumah, membersih dan agihan keperluan.

“Paling utama agihan kami berupa bentuk pakaian dalam wanita yang sangat dinanti-nantikan oleh para wanita di sana. 

"Pakaian ini telah pun dikumpul terlebih dahulu dan menyusun mengikut jenis pakaian oleh pihak Surau Hikmah yang turut serta dalam misi ini," ujar Ariffin lagi. 


Keadaan rumah di Kampung Tanjung Mas, Narathiwat yang musnah dilanda banjir pada DIsember 2023


Ariffin yang turut serta dalam misi tersebut juga menzahirkan harapan agar seluruh anak muda dan wanita untuk tidak merasa serik memberikan sumbangan berupa tenaga, masa dan wang bagi membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. 

Katanya, "menurut mangsa banjir, air tidak naik sejak 15 tahun dahulu, tetapi pada 2023 hari pertama berlaku banjir pada pertengahan Disember 2023 lalu, air sudah melepasi paras pinggang."

Menurut penduduk, Ampangan Yala telah dibuka, paras air semakin melonjak dan ia merupakan banjir terburuk di selatan Thailand sejak 50 tahun. 

Sebelum ini, NGO terbabit telah membina beberapa buah rumah di Pahang dan Terengganu selain misi bantuan biasa. - KitaReporters


Kenderaan peserta konvoi misi kemanusiaan merentasi Sempadan Malaysia/Thailand


Sukarelawan membersih tapak sebuah rumah yang musnah dilnda banjir di Pekan Tanjung Mas, Naratiwat, Thailand 

14
9
1
13
0

Copy Link: