Video| Hore! Abang kakak dari Universiti Poly-Tech Malaysia ceriakan anak yatim! Rumah Bakti Nur Ain!
Published byYeaay kami berjaya menyiapkan 'kerja sekolah' yang diberikan oleh pelatih guru bahasa Inggeris dari UPTM Cheras Kuala Lumpur.
MENERIMA kedatangan tetamu adalah berita gembira bagi kanak-kanak yang tidak bernasib baik khususnya penghuni rumah kebajikan kerana pada masa beginilah, seolah-olah mempunyai anggota keluarga yang datang bertanya khabar dan menghiburkan mereka termasuk melakukan pelbagai acara 'keluarga' bersama.
Gambaran itu terserlah ketika sebahagian penghuni Rumah Bakti Nur Ain di No.10 Jalan 2/4H, Seksyen 2, 43653 Bandar Baru Bangi, Selangor menerima kunjungan rombongan 11 pelajar bersama dua guru pengiring dari Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang datang untuk menceriakan hari mereka sambil berkongsi hadiah, menerusi program “Give for Good" pada Ahad, 12 Mac 2023.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak-anak yatim
Pengarah Projek, Muhammad Affiq Dzulfakry Thani, berkata program pertama kali itu ini merupakan usaha sama pelajar dari kursus Teaching English as A Second Language (TESL) untuk subjek Khidmat Masyarakat 1 membabitkan lawatan sambil di Rumah Bakti Nur Ain itu.
Program “Give for God” diketuai Pensyarah Muhamad Adli Muhamad bersama seorang oleh pembantu pengiring.
"Ia adalah sebuah program yang membantu mewujudkan suasana yang lebih positif dan selesa di rumah anak yatim ini. Semua sukarelawan membantu melakukan gotong-royong membersihkan sekitar rumah.
"Mereka turut membuat kutipan derma untuk menyumbangkan barangan keperluan harian dan juga peralatan belajar untuk anak-anak yatim di rumah bakti ini.
"Kewujudan program “Give for Good” ini dapat memberi peluang untuk membantu kanak-kanak ini serta dapat menjalinkan hubungan silaturahim dengan kanak-kanak di Rumah Bakti Nur Ain," kata Muhammad Affiq.
Dalam laman sesawang dan Facebook, Rumah Bakti Nur Ain melaporkan pusat kebajikan itu adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan pada 25 Februari 2014, di bawah Akta Pertubuhan 1966 di bawah nama Pertubuhan Kebajikan Nur Ain.
Pusat kebajikan itu turut menjadi tumpuan pelajar universiti sekitar Bangi dan bandar raya Kuala Lumpur untuk latihan pelajarnya membina hubungan dan komunikasi dengan masyarakat.
Rumah Bakti Nur Ain ini menyediakan kemudahan tempat tinggal bagi anak-anak yatim dan setakat ini menempatkan 25 orang anak-anak yatim dari seluruh Malaysia, yang terdiri diri tiga perempuan dan selebihnya lelaki.
Rumah bakti ini bukan sahaja memberi penempatan kepada anak-anak yatim malah turut menyediakan keperluan akademik buat anak-anak yatim.
Pelatih ini memasang cadar baru untuk anak-anak di rumah kebajikan itu.
Pelajar saling membantu memasang kertas dinding.
"Kami berusaha mendidik mereka dari segi akademik dan agama supaya menjadi insan yang bukan sahaja berjaya dalam kehidupan malah berguna kepada agama, bangsa dan Negara tetapi dalam masa yang sama tidak melupakan adab budaya kesopanan serta berakhlak mulia.
"Sebagai sebuah badan persendirian, Rumah Bakti ini tidak mendapat pembiayaan tetap daripada mana-mana pihak, oleh itu, kami memohon sumbangan ikhlas anggota masyarakat untuk membantu meringankan beban bagi pihak Rumah Bakti demi kepentingan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik ini," ," menurut satu kenyataan dalam Facebook itu.
Matlamat utama rumah itu adalah melahirkan anak-anak yatim yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segala sudut sama ada mental, fizikal dan rohani. KitaReporters
KitaReporters, selain menyiarkan berita-berita komuniti, adalah juga portal konten berbayar dan pihak yang berminat untuk menyiarkan berita-berita perniagaan dan promosi produk boleh berhubung dengan Kartini Noor menerusi emel: [email protected]
Mari bergembira. Saat menarik dilalui oleh pelajar dan penghuni rumah kebajikan.