Syukur! Cubaan bunuh diri digagalkan! Wanita 20-an cuba terjun jambatan! Kekasih mahu berkahwin lain!
Published byPUTUS cinta dan teman lelaki mahu berkahwin dengan perempuan lain telah mendorong seorang wanita berusia 20-an untuk terjun dari Jambatan Wawasan di Presint 2, Putrajaya, Kuala Lumpur pada 2 Februari 2023 lalu.
Bagaimanapun, tindakan nekad wanita berkenaan bagi menamatkan riwayat hidupnya berjaya diselamatkan oleh pegawai polis yang memujuk mangsa agar tidak berbuat demikian.
Berikutan dengan kejadian itu, beberapa foto dan video viral dalam media sosial yang memaparkan wanita terbabit cuba terjun di jambatan berkenaan mendapat perhatian ramai dalam platform Twitter.
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kejadian bunuh diri
A. ASMADI ABDUL AZIZ
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam pada kira-kira pukul 6.25 pagi yang memaklumkan terdapat seorang wanita dilihat cuba terjun di jambatan tersebut.
Beliau berkata, sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan memujuk wanita itu supaya membatalkan hasratnya.
``Rakaman percakapan mangsa telah diambil dan wanita itu mengaku dia berbuat demikian untuk terjun ke dalam tasik di jambatan tersebut apabila teman lelakinya bertindak untuk memutuskan hubungan mereka.
``Hasil siasatan, wanita terbabit juga mempunyai masalah mental,’’ katanya.
A. Asmadi berkata, kejadian yang berlaku pada pagi itu
dipercayai berpunca selepas kekasih wanita menyatakan hasratnya untuk
memutuskan hubungan mereka selain teman lelakinya mahu bernikah dengan wanita
lain.
``Tindakan lelaki itu telah menyebabkan mangsa menghadapi tekanan perasaan sehingga bertindak untuk cuba terjun di jambatan tersebut,’’ ujarnya.
Ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya sebelum itu pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital di Perak dan mangsa baharu sahaja disahkan sembuh. - KitaReporters
WANITA terbabit berusia 20-an berjaya diselamatkan selepas cuba untuk terjun dari Jambatan Wawasan, Putrajaya pada 2 Februari 2023 lalu akibat putus cinta dan kekasihnya mahu berkahwin dengan wanita lain. - Kredit foto: Media sosial