Kecil bagi kita, besar nilainya bagi mereka! Program Temu Mesra & Kasih Prihatin asnaf di Terengganu!
Published by
Pelbagai jenis barangan keperluan untuk diagihkan kepada golongan asnaf di Besut.
"KECIL bagi kita tetapi besar nilainya bagi mereka yang memerlukanya,” menjadi slogan kepada kerajaan negeri Terengganu dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan ketika mereka berhadapan dengan masalah kos sara hidup yang meningkat sekarang.
Sehubungan itu, kerajaan negeri sentiasa komited dalam menyantuni golongan asnaf menerusi program Temu Mesra dan Kasih Prihatin 2024.
Maliaman Kassim
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, menerusi program turun padang ini, ia merupakan satu lagi inisiatif penting dalam usaha memastikan nasib golongan memerlukan terutama asnaf mendapat perhatian serta bantuan yang terbaik.
Katanya, untuk siri pertama seramai 31 keluarga asnaf dari daerah Besut menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
"Mereka akan menerima sumbangan wang tunai serta barangan makanan asas yang berjumlah RM500 untuk satu keluarga,” katanya.
Maliaman menyampaikan sumbangan kepada seorang asnaf
Menurut Maliaman, program tersebut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), NGO Wargakilang serta pihak-pihak berkaitan.
Menurutnya, program itu juga akan diteruskan ke daerah-daerah lain dari semasa ke semasa melibatkan golongan asnaf di Terengganu. - KitaReporters
Antara Asnaf menunggu giliran untuk mnerima sumbangan