Video| Budak tertinggi di dunia? Baru 12 tahun dah capai ketinggian 2m! Berat 95.7kg! Kasut saiz 52!
Published byBagi kebanyakan murid lelaki di Asia yang baru berusia 12 tahun dan berada di darjah 6 sekolah rendah, ketinggian adalah sekitar 1 meter sahaja.
Namun Sagil Muhammad Rizki dianggap manusia ‘luar biasa’ dari segi saiz dan beratnya. Dalam usia baru 12 tahun, Sagil sudah punya ketinggian 195 meter atau hampir 2 meter, beratnya 95.7 kilogram dan kakinya saiz 52.
Hasil pemeriksaan doktor, Sagil tidak mengidap penyakit tertentu dan kemungkinan akan terus bertambah tinggi sampai 2.2 meter.
Saiznya melebihi manusia biasa dan ia menjadi perhatian ketika di sekolah apabila dia terlihat begitu tinggi berbanding rakan-rakan sebayanya.
Ia menyukarkan bagi Sagil untuk mendapatkan pakaian dan kasut sekolah dan membuat dia berasa rendah diri dengan keadaan itu.
Sagil tinggal di Desa Belui, Kecamatan Depati Tujuh, Kabupaten Kerinci, Provinsi Jambi, tengah Sumatera. Dia lahir di Kerinci pada 7 Jun 2012, anak kedua dari pasangan Hermanudin dan Susi Herlina.
Menurut si ibu, Susi Herlina, anaknya ketika lahir memiliki berat badan dan tinggi yang normal iaitu berat 3.5kg dan panjang badan 50cm.
Sagil dikatakan tidak pernah minum susu dan perubahan ketara bermula sejak dua tahun lalu iaitu ketika pada darjah empat.
Akibatnya ia sering perlu menukar pakaian dan kasut sekolah dan ia membebankan ibu bapanya. Bagi kasutnya berharga sehingga Rp300 atau kira-kira RM100 dan terpaksa dibeli secara dalam talian.
Sagil bersama rakan sekelas memperlihatkan ketinggian yang ketara.
Setelah dibawa berjumpa doktor, Sagil tidak mempunyai sebarang penyakit berbahaya. Dan doktor menjangka ketinggiannya akan meningkat kepada 2.2 meter dalam tempoh setahun.
Sekarang Sagil menggunakan pakaian berukuran 4XL. Dengan keadaan saiz dan berat Sagil membuat dia menjadi bahan ketawa rakan-rakan pelajar dan sering tersinggung dengan keadaan itu.
Jika selama ini keadaan Sagil sudah menjadi perkara biasa bagi para murid dan penduduk setempat, namun keadaan berubah apabila kisahnya tular setelah dimuatnaikkan dalam laman sosial dan media cetak dan elektronik.