Video| Kerana marah, kecewa rumah diruntuhkan! Kekasih enggan berkahwin! Wanita minta balik wangnya!

Published by
KitaReporters


Seorang wanita dengan nama inisial K sanggup meninggal kekasih hati yang dikenali sebagai  S untuk menjadi tenaga kerja wanita (TKW) di Arab Saudi.

Ia bagi mengumpul wang yang cukup bagi mempunyai hartanah di tanah air sendiri ketika sudah menjadi suami isteri nanti.

Sebanyak Rp300 juta (kira-kira RM100 ribu) sudah dikirim kepada kekasih dan sebuah rumah yang sederhana besarnya telah disiapkan oleh S.


Rumah itu terletak di Desa Tretek, Kecamatan Pucakwangi, Kabupaten Pati, Jawa Tengah.

Setelah beberapa tahun mencari rezeki di Arab Saudi, K pulang ke Indonesia.

Namun dia menerima berita menyedihkan iaitu S enggan mengahwininya, malah sudah mengahwini gadis lain dan kedua-duanya sudah tinggal di rumah itu.


Keadaan rumah S ketika dalam proses meruntuhkannya


Kerana S enggan menunai janji untuk berkahwin, K mendesak S membayar semula wang Rp300 ribu. 

Satu proses negosiasi diadakan yang dikendalikan oleh jawatankuasa kampung. Namun S tetap enggan membayar semula walaupun secara ansuran.

Lalu alang-alang rugi biar rugi terus. Lalu K mengupah beberapa pekerja dan jentolak untuk meruntuhkan rumah itu sementara perabot dan kelengkapan rumah diambil oleh K.

S tidak dapat berbuat apa-apa apabila rumah yang didiaminya diruntuhkan. Insiden ini dimuat turun dalam akaun Tiktok @samiranet pada Isnin, 12 Ogos 2024. Video itu telah ditonton lebih 127 ribu kali. - KitaReporters


16
14
0
6
0

Copy Link: