Ketua Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abd Fasal mahu kerajaan meminda Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) bagi membolehkan pesawah mengisar padi sendiri dan menjual hasil mereka kepada pembeli.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, langkah itu akan memberi lebih autonomi kepada pesawah-pesawah dan memecahkan monopoli beberapa kilang besar dalam industri padi dan beras.

“Sekarang pesawah terikat dengan perlu menjual padi mereka kepada kilang tertentu bagi membolehkan pesawah layak menerima subsidi kerajaan.

“Saya mencadangkan kerajaan mempertimbang kelonggaran dalam peraturan ini atau sekurang-kurangnya mengkaji kesannya jika dilaksanakan,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan persekolahan kepada 100 orang pelajar kawasan Parlimen tersebut yang diadakan d Pusat Khidmat Parlimen di Kampung Benggali pada 20 Februari 2025.

baru-baru ini, kerajaan mengumumkan telah bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai belian padi dari RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan berkuat kuasa mulai 16 Februari 2025.

Selain itu, kerajaan juga menetapkan harga jualan maksimum Beras Putih Tempatan (BPT) kekal RM2.60 sekilogram.


Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (tiga, kanan) menyerahkan sumbangan kepada seorang pelajar pada Sumbangan Program Kembali Ke sekolah di Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang di Kampung Benggali pada 20 Februari 2025.


Sementara itu, pelbagai usaha dibuat bagi memastikan anak-anak yang wajib ke sekolah boleh hadir ke sekolah pada setiap kali sesi persekolahan yang baharu dibuka. 

Program seperti Kembali Ke Sekolah dan Bantuan Persekolahan diadakan dengan menyasarkan kelompok komuniti atau golongan komuniti yang memerlukan khususnya mereka daripada keluarga berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, pelajar keturunan India daripada kelompok B40 tidak juga dilupa apabila mereka menerima bantuan kembali ke sekolah.

Sumbangan itu diberikan oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abd Fasal kepada 100 orang pelajar kawasan Parlimen tersebut yang diadakan d Pusat Khidmat Parlimen di Kampung Benggali pada 20 Februari 2025.

Syed Abu Hussin berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban keluarga dalam memberikan keperluan persekolahan anak-anak bagi keluarga yang kurang berkemampuan.

Katanya, setiap seorang pelajar menerima RM200 untuk memberi keperluan persekolahan. KitaReporters


100 pelajar menerima bantuan persekolahan daripada Syed Abu Hussin.

0
0
0
0
0

Copy Link: