Sembang-Sembang| Bos terasa bila ditegur! Habis kena pulau dan diketepikan! Kawan-kawan pun menyisih!
Published by
KitaReporters
--title--
.
Bergurau biar bertempat. Jaga lidah, silap cakap bawa padah. Nak pulih bukan mudah. Bagai retak menanti belah
Sudah minta maaf tak dilayan. Dipulau semua rakan dan taulan. Hanya kerana inginkan kepastian.
Bicara saya makin terkesan. Ramai yang ingin berkongsi cerita. Buat panduan juga teladan. Mengharung cabaran dunia kehidupan
Kisah pilihan hari ini daripada Aliya. Jom kita ikuti:
Aliya (bukan nama sebenar) sudah 10 tahun bekerja di sebuah syarikat milik sebuah keluarga ternama. Sekarang anaknya yang ambil alih. Satu hari, boss bergurau. Salah cakap. Terguris juga hati. Aliya hendakkan kepastian betul ke perkataan yang boss sebut dan kata.
Jadi Aliya WhatsApp dia personal, sayangnya dia tak boleh terima. Aliya juga minta maaf kalau dia terasa. Jika Aliya yang silap faham.
Tapi sejak hari itu boss menjauhkan diri daripada Aliya. Penolong Aliya juga sama. Tiba-tiba berubah. Boss banyak berurusan dengan dia untuk disampaikan kepada Aliya.
Kata Aliya dia layan juga keadaan tersebut walaupun pelik kenapa mereka bertindak begitu. Sehinggalah semua kerja Aliya penolongnya yang buat atas arahan boss.
“Bila saya datang kerja, buat apa yang ada sahajalah. “
Sekali lagi kata Aliya dia minta maaf kepada boss dan mahu bersemuka. Tetapi tetap sama, masih guna orang tengah.
Isu Aliya melibatkan majikan dan staf lain. Semua menyebelahi boss sebab siapa yang bercakap dengan Aliya akan dipanggil. Aliya keseorangan. Di pejabat Aliya macam tunggul kayu.
Kata Aliya, dia kuat kerana Allah. Kuatkan hati hendak pergi kerja sebab nak cari rezeki walau tahu apa yang menanti.
Tipulah hati tak terkesan. Keadaan Azrin sangat teruk. Sebab tak ada kerja hendak buat. Dia dipulau dan diketepikan.
Perkara ini berlarutan 3 tahun. Boss juga suruh Aliya berhenti. Kata Aliya nak suruh berhenti mesti bagi surat dan alasan. Tapi ini tiada alasan.
Aliya nekad akan terus kerja walau hanya datang goyang kaki. Pada masa yang sama kata Aliya dia akan terus bertahan.
“Saya kena sabar walau disindir bukan sahaja dengan staff yang dulu baik dengan saya tetapi juga boss. Disindir makan gaji buta, jumpa di padang mahsyar, tak halallah. Semuanya saya telan. Saya tahu kebenaran akan terbongkar, “ kata Aliya.
Doa orang teraniaya, insya-Allah Allah makbul.
Iktibar daripada kisah ini:
Sekarang baharu Aliya sedar siapa kawan siapa lawan. Manusia ramai yang pentingkan diri, jawatan dan kedudukkan. Kawan ketawa ramai, menangis kita seorang.
Kadang kadang terlalu jujur pun bawa masalah. Tak semua orang boleh terima teguran. Orang ada kuasa ni dia lupa, bila-bila Allah boleh tarik balik.
Terus kuat Aliya. Jangan mengalah. Kita ada peraturan dan undang undang. Insya-Allah kebenaran akan terbongkar. Bersabar banyak-banyak. Doa jangan putus. Solat jangan tinggal. Mengadulah dengan Allah.
Semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Allah sedang mempersiap yang terbaik untuk anda Aliya! Terima kasih berkongsi kisah ini.
Seorang ketua yang baik tidak berburuk sangka dengan anak buahnya, malah menjaga mereka sebagai aset paling berharga. - KitaReporters
11
12
0
15
0