LAWAK MAN!! DULU MEMBERI, KINI MENGHARAP?
Published byKredit foto: IG @manrajalawak
Peruntukan RM50,000 itu selesai dalam tempoh kurang empat hari dilancar dengan sejumlah permintaan terpaksa ditolak kerana alasan kurang tepat.
Wang itu adalah sebahagian daripada wang hadiah sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) Januari 2019 bersama Kumpulan Putih bernilai RM500,000.
Bermakna, setiap ahli menerima RM166,000.
Kredit foto: IG @manrajalawak
Setelah tempoh PKP ditambah ke 12 Mei 2020, Man RJ benar-benar dapat merasai sengsara orang kena tempias PKP.
Ini kerana kawasan tempat tinggalnya iaitu di Apartmen Taman Sri Murni, Fasa 1, Selayang, Selangor telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak Isnin, 20 April hingga 3 Mei 2020.
Kawasan apartmen itu kini diberi kawalan ketat dengan dikelilingi kawat besi.
Terkejut dengan peraturan itu menyebabkan Man RJ dan penduduk lain tidak sempat membuat persiapan awal untuk menyediakan barangan keperluan asas di rumah.
Menurut Man RJ, ada penduduk yang terputus bekalan makanan.
Baginya walaupun keperluan makanan sekeluarga ketika itu mencukupi, tetapi tidak boleh memasak kerana kehabisan gas memasak.
Untuk itu, Man RJ terpaksa berbaris panjang dengan sejumlah penduduk lain menunggu gas memasak dari lori yang datang menghantar.
Man berkata, semua penduduk tidak dibenar keluar sama sekali dan segala keperluan barangan harian diurus oleh ahli jawatankuasa (AJK) penduduk dilantik.
Apartmennya dibeli 13 tahun lalu ketika masih menjadi posmen dan menetap bersama isteri, Azlina Awaludin, 43, serta dua anak iaitu Puteri Nur Darina, 16, dan Abdul Danish, 13.
Ekoran pengalaman ini, Man RJ bercadang mencari kawasan kediaman baru untuknya dan keluarga selepas masalah Covid-19 berakhir.
Video Man RL dan penduduk kawasan apartmen itu beratur membeli gas tular dalam laman sosial netizen. - KitaReporters