APA HAL? ANAK KENA PASUNG, IBU PAKAI TOPENG!
Published byTerlihat dalam foto pertama si ayah tekun bekerja menghadap laptop sementara si kecil kelihatan lena tidur terlentang di lantai.
Sekeping lagi gambar menjawab kenapa kanak-kanak itu terbaring diam di lantai.
Rupa-rupanya kanak-kanak itu ‘dipasung’ dengan cara mengikat empat gumpalan pita pelekat ke badannya.
"Mama memasak, ayah kerja, anak tidur di ruang keluarga," tulisnya.
Para netizen memberi pandangan berbeza.
Ada yang menganggap ia perkara yang melucukan, sementara ada yang berasa kasihan apabila si kecil diperlaku sedemikian seperti didera.
Diharap perbuatan ibu bapa di Thailand ini tidak menjadi ikutan atau menjadi penyebab mereka ditahan pihak berkuasa kerana mendera.
Sementara itu, di Indonesia ketika pandemik Covid-19 masih mewabak, orang ramai digalak memakai topeng muka atau masker (dalam bahasa Indonesia) apabila keluar dari rumah.
Seorang ibu di Medan, Sumatera Utara patuh dengan perintah kerajaan itu tetapi dengan caranya tersendiri.
Ibu ini ditahan kerana memakai topeng harimau pengganti masker kerana hendak membaharui cukai kenderannya. - Kredit foto: Detik.com
Namun perlakuannya menarik perhatian apabila dia bukannya memakai masker biasa, sebaliknya menggunakan topeng mainan anaknya ketika pergi ke sebuah pejabat polis bagi membaharui cukai kenderaannya yang dipanggil STNK.
Video ini cepat tular apabila ia dipaparkan pada Sabtu, 18 April 2020.
Ketika ditanya anggota polis kenapa berpakaian sedemikian, ibu itu mengaku terpaksa memakai topeng harimau kuning itu kerana tidak mempunyai masker.
Anggota polis yang bertugas meminta ibu tersebut menanggalkan topeng sebelum masuk ke pejabat.
Si ibu tersebut kemudian diberi penutup mulut berwarna putih, sementara topeng mainan anaknya ditinggalkan atas meja petugas.
Dia kemudian memasuki bilik steril sebelum memasuki pejabat membaharui STNK.
"Tidak ada akar rotan pun jadi, tidak ada masker topeng pun jadi." Mungkin ini ucapan yang tepat terhadap apa yang dilaku oleh si ibu ini. - KitaReporters
nanank_kusumo: Tak ada akar... Rotanpun jadi Tak ada Masker... Topeng pun jadi... Karena tidak memiliki masker, Seorang wajib pajak, terpaksa memakai topeng mainan anaknya pada saat membayar melaksanakan kewajibannya membayar Pajak Kendaraan di Samsat Medan Utara. Beruntung Petugas Kepolisian memiliki stok masker yg belum terpakai, dan langsung memakaikannya kepada wajib Pajak tersebut. (Dit Lantas Polda Sumut, 18 April 2020, pukul : 10.15 WIB)