DATUK JASVIR SINGH SUDAH! DATUK-DATUK LAIN??
Published byDIA tiada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen. Dia tiada jawatan politik. Dia tiada kontrak kerajaan yang diperlukan. Dia tidak memiliki kepentingan dalam syarikat korporat dan tiada apa-apa kepentingan bisnes lain. Dia ialah Datuk Jasvir Singh. : KitaReporters
Datuk Jasvir Singh bersama sebahagian bantuan makanan yang diedarkan kepada penduduk setempat.
Namun bagi Datuk Jasvir Singh Ram Singh yang tinggal di Kampung Ketari, Bentong, walaupun tiada apa-apa kepentingan bukanlah menjadi penghalang kepadanya meneruskan bantuan dan sumbangan yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Dikenali dengan panggilan Datuk JC, beliau yang tidak pernah berhenti membantu penduduk khususnya di Bentong menjadi antara individu terawal tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara.
Datuk Jasvir Singh menjadi individu terawal menghantar bantuan makanan dan minuman kepada pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera yang bertugas.
Sejurus PPK dilaksanakan, beliau terus menghantar bantuan makanan dan minuman kepada anggota polis dan tentera yang melakukan kawalan jalan raya.
Melihat keadaan semasa masyarakat sekeliling ekoran PKP, beliau tampil membantu dengan menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk setempat.
Sumbangan berupa makanan seperti beras, minyak, telur dan sebagainya itu diberikan kepada golongan memerlukan tidak mengira kaum dan agama serta kepada golongan orang kurang upaya (OKU).
Datuk Jasvir Singh Ram Singh menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk setempat tidak mengira kaum dan agama.
Jasvir Singh berkata, bantuan makanan kepada 50 keluarga seperti ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.
"Saya tidak dapat berdiam diri apabila mendengar rintihan jiran-jiran dan keluarga yang hilang punca pendapatan sehingga sukar membeli keperluan makanan.
"Jadi rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia mendorong saya untuk membantu dalam tempoh yang sukar bagi kita semua kerana kita tidak tahu sampai bila keadaan seperti ini berterusan," katanya.
Datuk Jasvir Singh Ram Singh
Semoga dalam keadaan kritikal melanda negara hari ini ramai orang seperti Datuk JC ini akan wujud.
Mana-mana individu atau pihak apatah lagi yang mempunyai kepentingan janganlah teragak-agak pada masa ini.
Ramai di luar sana yang patuh arahan PPK dan berada di rumah terpaksa mencatu makanan dan hidup dalam keadaan resah menghitung hari yang tidak menentu. Sama-samalah kita membantu. - KitaReporters
Datuk Jasvir Singh juga menyampaikan bantuan kepada golongan OKU