Video| Ibu tunggal beraya cara sendiri! Bawa uniform dan potret suami ketika sesi bergambar!
Published byLAZIMNYA setiap kali hari raya pasti semua ahli keluarga berkumpul tidak kira jauh dan dekat untuk bermaaf-maafan sesama sendiri dan ketika itu sesi bergambar juga tidak dilepas sebagai tanda kenangan.
Menyedari kekurangan tidak lengkap berkeluarga, seorang
ibu tunggal tampil dengan cara tersendiri bagi meraikan sambutan Syawal baru-baru
ini.
Walaupun hanya beraya bersama anak-anak, wanita cekal itu yang dikenali @lyssasham menerusi aplikasi TikTok berkongsi momen istimewa mereka sekeluarga.
Lagi cerita-cerita menarik Hari Raya Aidilfitri
Sayunya wanita yang kematian suami itu turut membawa uniform dan potret suaminya ketika melakukan sesi bergambar di studio sebagai kenang-kenangan.
Umi Lyssa Sham, ibu kepada tiga cahaya mata itu kelihatan ceria
bersama anak-anak dengan cara mereka beraya.
Kongsinya tahun ini merupakan tahun ketiga suaminya,
Mohd. Zulhisham Mohd Yaacob yang juga merupakan anggota tentera itu
meninggalkan mereka semua, namun ingatan dan cinta terhadap suaminya tetap
kukuh.
Malah kelihatan setiap aksi yang dirakam ketika sesi berkenaan semuanya ‘bersama’ suaminya.
Malah anak-anak juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan bapa mereka.
Perkongsian video yang diselitkan dengan lagu Ayah nyanyia LaoNeis Band itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Lebih membanggakan ada yang mengenali suaminya dan
turut berkongsi pengalaman pernah berjasama dengan arwah selain menyifatkan
arwah seorang yang tidak kedekut ketika menjadi jurulatih dalam tentera.
Selain itu ada juga yang turut mendoakan supaya arwah
suaminya yang kini berusia 40 tahun itu tenang dan aman di negeri abadi.
Semoga Lyssa terus tabah dan cekal meneruskan
kehidupan!
Sememangnya perit bersendirian menguruskan anak-anak
tanpa sokongan dan bantuan lelaki yang bergelar suami tapi yakinlah pengorbanan
yang dilakukan pasti mendapat pahala dan balasan yang setimpal apabila anak-anak sudah besar nanti.
Semoga kalian berdua kembali bersatu di jannah! - KitaReporters