Video| Beddu, 76, kutip beras bertaburan tepi jalan untuk dimasak! Demi sesuap nasi untuk hidup!
Published byBIASANYA kita apabila melihat beras bertaburan di tepi jalan sekadar melihatnya dan tidak akan mengambil beras yang sudah bercampur dengan tanah, pasir dan batu kecil itu.
Namun bagi mereka yang dalam golongan miskin tegar, kemunculan beras di tepi jalan itu dianggap rezeki untuk menyambung kehidupan. Itulah yang dilaku seorang lelaki tua berusia 76 tahun yang dikenali sebagai Beddu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan beras
Petani yang tinggal sebatang kara di sebuah pondok lusuh di di Desa Polo Lereng, Kecamatan Pangale, Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat ini percaya dengan mitos Bugis bahawa padi atau beras adalah ratu yang diturunkan ke bumi untuk menghidupkan manusia.
Jadi dia percaya jika padi atau beras dibuang terutama Ketika zaman susah akan memberi bencana kepada manusia.
Sejumlah beras yang diangkut dengan sebuah lori bertaburan di atas jalan raya di depan pondok usang Beddu. Melihat beras yang bertaburan itu, Beddu cepat datang ke tepi jalan itu sambIl membawa beg plastik.
Dalam keadaan panas terik itu Beddu, mengumpul beras yang bertaburan sambIl mengasingnya daripada tanah, pasir dan batu kecil.
Tindakan yang dilakukan Beddu ini sempat divideokan oleh seorang wanita yang melintas.
Dalam video ini kelihatan seorang wanita bersimpati dengan apa yang dilakukan oleh Beddu dan memberikan sejumlah wang kepada lelaki tua itu bagi membolehkan dia membeli beras baharu.
Video tersebut tular dalam media sosial. Dan viralnya video itu menyebabkan Ketua Jabatan Sosial Mamuju Tengah, Irha Djamal dan sejumlah pegawai mengunjungi rumah usang Beddu dan memberi beberapa kampit beras.
Nama Beddu sudah dimasukkan dalam senarai penerima bantuan sosial daripada kerajaan pusat. - KitaReporters