PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mewujudkan Tabung Bantuan Covid-19 Penggiat Seni bagi membantu para pekerja drama TV dan keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini kerana sesi penggambaran sudah diarahkan dihentikan dan ramai pekerja drama TV adalah pekerja kontrak atau sambilan (freelancer). Ini bererti pendapatan harian mereka terjejas. : KitaReporters

Kredit foto: FB PTVM

Menurut Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli, tabung itu dilancarkan pada Rabu, 25 Mac 2020 dan mengharap kerjasama orang ramai untuk memberi sumbangan terutama golongan yang terbabit dalam penerbitan seperti penerbit dan pengeluar.

Kredit foto: FB PTVM


Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi PTVM melalui talian 03-1499466 atau 016-2128569 bercakap dengan Puan Amy. Sumbangan juga boleh disalur kepada bank CIMB No: 8001435940.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dalam laman Facebook PTVM (https://www.facebook.com/profile.php?id=100005921895655).

 

Jurey Latiff Rosli. Kredit foto: Cinema.com


Menurut Jurey, pada peringkat awal, tabung berkenaan akan disalurkan kepada mereka yang terbabit dalam industri sebagai kru penggambaran kerana mereka dan keluarga lebih memerlukan. 

Jika ada sumber yang lebih, ia akan turut diberi kepada pengarah.

Bantuan itu hanya bersifat sementara iaitu dalam tempoh PKP berlangsung.

Akibat langkah PKP dikuat kuasa selama hampir sebulan, sesi penggambaran terpaksa disusun semula. - KitaReporters

0
0
1
0
0

Copy Link: