Video| Apa cerita? JDT panggil pulang Syafiq Ahmad dari KDA FC! Secara mengejut! Cetus spekulasi!
Published byPENYERANG kebangsaan, Syafiq Ahmad yang bermain bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC sebagai pemain pinjaman telah dipanggil pulang secara mengejut ke pasukan asalnya, Johor Darul Ta'zim (JDT). Perkara itu disahkan sendiri oleh laman rasmi kelab JDT yang telah membuat naik satu gambar Syafiq Ahmad dengan kapsyen "Welcome".
Panggilan pulang ke JDT sudah pasti mengejutkan banyak pihak terutama peminat tempatan kerana sebelum ini Syafiq bersama Kedah telah bermain lebih banyak minit permainan dan berada di prestasi terbaik beliau.
Namun apabila perkara ini terjadi, sudah tentu pelbagai spekulasi telah timbul dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan KDA FC
Ada juga berkata bahawa ini terjadi berkait apa yang diperkatakan mengenai isu 'tokong' oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor baru-baru ini.
Malah, pemilik JDT sendiri ada tinggalkan komen dalam laman Instagram milik JDT dan ini menguatkan lagi bahawa ada perang dinding antara kedua-dua pihak.
Sebagai peminat bola sepak, kepulangan Syafiq ke JDT sudah tentu kita mengharapkan beliau dapat minit permainan lebih lama seperti mana berada di Kedah dan jika kekurangan minit permainan seperti sebelum ini, ternyata panggilan pulang ke JDT satu perkara yang sia-sia.
Syafiq Ahmad antara penyerang yang tengah berada di prestasi terbaik ketika ini dan sudah tentu ketua jurulatih negara, Kim Pan Gon berharap Syafiq dapat membantu Malaysia layak ke Piala Asia nanti. - KitaReporters