Jika sebelum ini, Rosliman Osman, 60, meninggal dunia ketika arwah melaungkan azan subuh di Shah Alam, Selangor semalam pada Khamis 1 Oktober 2020 lalu. Terbaru, Khalid Ahmad, 84, meninggal dunia semasa solat maghrib di Setiu, Terengganu pada pukul 7.30 malam, Khamis 1 Oktober 2020 juga. Masya-Allah!! Satu pengakhiran yang dicemburui!! : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan mereka yang meninggal dunia:

https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia


Pemeriksa Kira-kira untuk Jawatankuasa Surau Ar-Rayyan Seksyen 27, Shah Alam, Allahyarham Rosliman Osman meninggal dunia ketika arwah sedang melaungkan azan subuh pada awal pagi 1 Oktober 2020.

Allahyarham Rosliman sempat melaungkan azam subuh itu hanya dua rangkap sahaja dan ia secara tiba-tiba suara azannya terhenti sebelum mayat arwah terbaring  dilihat di ruang surau berkenaan oleh para jemaah lain.

Kejadian yang hampir sama pula berlaku di Masjid Al-Amin, Sungai Lerek, Setiu, Terengganu apabila seorang warga emas, Khalid Ahmad, 84, meninggal dunia semasa solat maghrib di masjid itu pada kira-kira pukul 7.30 malam, Khamis 1 Oktober 2020 juga.

ALLAHYARHAM Khalid meninggal dunia selepas iman Masjid Al-Amin memberi salam akhir solat magrib di Kampung Sungai Lerek, Setiu, Terengganu.


Arwah Khalid menghembus nafasnya yang terakhir itu sebaik sahaja iman masjid memberi salam terakhir selepas selesai solat tiga rakaat itu dan arwah yang bersama para Jemaah lain ketika itu secara tiba-tiba terjatuh ke lantai tidak bernyawa lagi

Warga emas tersebut sebenarnya tinggal di Kampung Banggol, Setiu, Terengganu tetapi arwah pergi ke rumah anaknya yang tinggal di Kampung Sungai Lerek untuk menghadiri majlis tahlil kerana kematian isterinya, Mariam Latif, 73, akibat penyakit angin ahmar pada Sabtu, 26 September 2020 lepas

Menurut anaknya, Che Awang, 59, arwah bertolak dari Kampung Banggol ke rumah anaknya yang berada di Kampung Sungai Lerek itu kira-kira pukul 5.30 petang bertujuan untuk menghadiri majlis tahlil arwah isterinya yang akan dibuat oleh anaknya selepas selesai solat isyak nanti.

CHE Awang Khalid


Namun,  katanya, sebelum itu Allahyarham pergi ke Masjid Al-Amin untuk mendirikan sembahyang maghrib dan masjid itu terletak jaraknya kira-kira satu kilometer daripada rumah anaknya. 

``Semasa solat itu, sebaik sahaja iman masjid memberi salam selepas tahayat akhir, ayah saya secara tiba-tiba terjatuh serta terbaring di tempat duduknya dan beberapa minit kemudian ayah saya meninggal dunia di masjid itu. 

MASJID Al-Amin di Kampung Sungai Lerek, Setiu, Terengganu


``Saya juga tidak menyangka arwah ayah pergi ke rumah anaknya di Sungai Lerek untuk tahlil arwah isterinya dan belum pun sempat ayah saya buat tahlil selepas sembahyang isyak, arwah sendiri meninggal dunia ketika solat magrib,’’ ujarnya ketika ditemui di Kampung Banggol. 

Sepanjang hayatnya Allahyarham Khalid sering mendirikan solat setiap waktu di masjid serta di surau dan selalu juga menghadiri solat jenazah di kampong berdekatan dengannya.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol  pada pukul 11 pagi tadi, Jumaat 2 Oktober 2020.  - KitaReporters

1
0
1
0
0

Copy Link: