MENJALANI kehidupan dengan norma baharu bukannya mudah untuk dipatuhi kerana selama ini, kita bebas bergaul dengan sesiapa dan di mana sahaja. Dalam fasa awal pelbagai kaedah digunakan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Terbaru seorang pemuda dari Belgrave Victoria, Australia tampil dengan idea tersendiri bagi mengamalkan penjarakan sosial. : KitaReporters

IDEA berbeza seorang pemuda Australia membuatkan orang ramai spontan tersenyum dengan cara pelik dalam melindungi daripada COVID-19. - Kredit foto: Dailymail.com


Lagi cerita-cerita dari Australia:

https://kitareporters.com/search?search=australia


Namun kaedah yang digunakan kelihatan agak tidak relavan dan lucu. Apa tidaknya, pada masa ketika ini sudah ramai orang memakai penutup muka semasa berada di tempat awam dan mengamalkan penjarakan sosial. 

Dia pula muncul dengan kaedah berbeza iaitu menggunakan bola gelembung ketika berada di tempat awam

Pelik kan?? 

Kredit foto: Daily Mail UK


Tapi itulah realiti yang berlaku kepada seorang penduduk di bandar Belgrave yang terletak kira-kira 47 kilometer di timur Melbourne.

Lelaki berkenaan yang dipetik laporan Dailymail.com dilihat menggunakan bola gelembung gergasi sebagai langkah mengelak penularan COVID-19.

Dia yang memasuki gelembung gergasi itu bebas berjalan di bandar berkenan tanpa memakai kasut atau pelitup muka.


Tak lemas ke duduk dalam gelombong bebola tu lama-lama??

Dalam video yang tular oleh penduduk, pemuda tersebut menjerit sambil melaungkan aksinya lucu.

“Sayalah orangnya yang berada dalam gelembung!” laungnya di tengah jalan dengan gaya selamba.

Keadaan itu membuat semua orang yang memerhatikannya  tersenyum melihat gaya yang pelik itu.

Langkah berkenaan dibuat ketika Victoria mencatatkan jumlah kes positif terus meningkat kepada 532 dengan enam kematian yang terdiri daripada warga emas.

BERSAHAJA dengan gaya yang dilakukan ketika mengelilingi bandar berkenaan dengan cara tersendiri, baru-baru ini. 


Menerusi kes berkenaan, 44 orang kini sedang di rawat di unit rawatan rapi (ICU) di beberapa buah hospital negara tersebut.

Victoria sebelum ini, tidak mewajibkan penduduknya memakai pelitup muka, walaupun Ketua Pegawai Kesihatan menyaran serta menggalakkan penduduk menggunakan pelitup muka, selain mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di tempat awam.

Keadaan merisaukan itu  bakal menyaksikan, Perdana Menteri Australia, Daniel Andrews menutup semua industri dalam sekatan terbaharu yang dikenakan. - KitaReporters 

3
2
0
0
0

Copy Link: