Selamat pengantin baharu! Pasangan warga emas nikah panik! Selamat kahwin sehari sebelum PKP!

Published by
KitaReporters

JODOH tak kenal usia, ada yang usianya 40 tahun tapi jodohnya belum lagi tiba, namun ada pula usianya sudah menjangkau 70 tahun tapi jodohnya tetap ada. Semua itu rahsia Allah… Jangan risau jodoh itu sangat misteri mungkin 'perjalanan'  itu tiba dengan cara yang tidak di sangka-sangka. Semuanya aturan Dia! : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Baru-baru ini tular kisah pasangan warga emas yang nikah panik dengan membuat keputusan untuk bernikah sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan

Kisah menarik itu dikongsikan cucu kepada pengantin lelaki menerusi Twitter miliknya.



Menurut @namasayaafiq, datuknya yang berusia 78 tahun selamat disatukan dengan nenek tirinya yang berusia 70 tahun sehari sebelum berlangsung PKP.

Ingatkan yang muda saja panik rupanya yang berusia juga tidak ketinggalan!

Menariknya, majlis yang diadakan  secara ringkas itu hanya dihadiri anak-anak dan cucu sahaja.



Ingatkan orang muda sahaja terpaksa mempercepatkan perkahwinan mereka, rupa-rupanya pasangan warga emas juga tidak ketinggalan. 

Inilah dikatakan nikah panik! Semuanya dilakukan dengan serta-merta.

Maklumlah bila dah PKP, urusan nikah kahwin ni jadi agak sukar, nanti anak cucu mahu berkumpul juga terbatas.

Mungkin juga untuk mengelak lama tertangguh, jadi pasangan warga emas itu mempercepatkan urusan mereka untuk disatukan.

Kongsinya lagi, majlis berkenaan diuruskan oleh anak dan cucu itu telah mendapat persetujuan datuknya terlebih dahulu. 


SELAMAT disatukan...pengantin bersama anak cucu yang diraikan dalam majlis yang rigkas dan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. - Kredit foto: Twitter @namasayaafiq.


Rata-rata netizen yang melihat paparan itu tumpang gembira dengan pernikahan segera pasangan warga emas.

Malah ada juga yang memuji pengantin masih kekal segak walaupun pada penghujung usia, mesti muda-muda dulu segak dan cantik kan!

Malah ada netizen yang berkongsi pandangan perkahwinan kepada pasangan warga emas bukan hanya untuk keperluan seks semata-mata sebaliknya perhatian dan kasih-sayang.

Semoga datuk dan nenek itu lalui rumah tangga dengan aman damai. Selamat pengantin baharu Tok dan Nek! KitaReporters


SELAMAT Pengantin Baru Tok!

 

 

5
3
1
0
0

Copy Link: