Kisah cinta? Isteri bermotor KL-Ipoh! Tapi suami berkereta?
Published byUNTUK membuktikan wujudnya kasih sayang serta sebuah kisah cinta yang indah bukan ketika kita senang tetapi pada saat kita diuji bersama pasangan, detik ini yang akan memainkan peranan apakah kita mampu atasi atau mengalah lalu menyalahkan satu sama lain. Cinta itu tidak boleh wujud hanya dengan lafaz tetapi perlu dibuktikan dengan tindakan agar pengorbanan itu akan lebih manis. : KitaReporters
Kredit foto: IG Mohafirdaus
Buktinya? Terlalu banyak jika ingin kita bongkarkan satu per satu kisah cinta pasangan suami isteri ini.
"Kan kucerita pada semua
Kisah cinta antara kau dan 'ku
Agar semua tahu
Dan tak akan dekati dirimu
Andainya mampu 'kan kuukir
Namamu dan namaku di bulan
Agar satu dunia melihat
Restui cinta kita"
- Hafiz Suip
Salah satu contoh boleh kita lihat adalah melalui video ini.
Kredit video Twitter Firdaus Ibrahim
Firdaus Ibrahim telah berkongsikan kisah cinta antara mereka di mana isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur motorsikal ke Ipoh setelah 3 bulan motosikal tersangkut di sana.
Isterinya tidak berseorangan tetapi ditemani suaminya yang mengekori isterinya dari belakang melalui kereta.
Ehh kenapa isteri yang menunggang? Kenapa bukan suami?
Kenapa suami dia bawa kereta sanggup biarkan isteri menunggang motosikal? Bahaya itu, apa ini suami?
Kredit gambar Twitter Firdaus Ibrahim.
Sabar wahai warganet, jangan terus membawang tanpa usul periksa, ketahui kisah sebenar.
Kalau ye pun, kita hanya melihat video pendek itu sahaja, berbanding pasangan ini yang melaluinya.
Ada asbab kenapa itu terjadi.
Firdaus mengalami lumpuh separuh badan, bagaimana hendak menunggang motosikal? Membawang itu memang mudah. Nak lalui itu, tak semudah meleparkan komentar di media sosial.
Firdaus juga ada kongsikan beberapa lagi video yang menunjukkan pengorbanan isteri beliau.
"Selfie terakhir dekat trafik lights sebelum masuk simpang rumah. Kecik, kuat, kiut," tulis Firdaus.
Kredit Twitter Firdaus Ibrahim
Firdaus Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Fatimah membuktikan pengorbanan suami isteri perlu ada untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.
Ujian yang datang itu untuk melihat sekuat mana ikatan kisah cinta kita.
Tidak guna beromongan sanggup ku renang lautan apj jika ujian kecil datang sudah mengalah. - KitaReporters