Video| Isteri mengamuk di pasar! Terserempak suami dengan wanita lain! Memang kena belasah jawabnya!
Published byKEHIDUPAN berumah tangga pasti ada cabarannya tersendiri, namun salah satu daripada kunci kebahagiaan sebenar adalah kesetiaan. Jika itu yang dipegang pasti rumah tangga akan aman selamanya.
Bayangkan kesetiaan yang didambakan itu dimungkiri, pasti perang dunia ketiga akan berlaku, malah janji untuk sehidup semati juga pasti melayang.
Itu yang berlaku kepada pasangan suami isteri di India apabila seorang isteri melihat sendiri kecurangan suaminya dengan mata dan kepalanya sendiri.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kes-kes kecurangan
Memetik tribuneindia.com, kejadian yang berlaku pada 14 Oktober 2022 lalu berlaku di sebuah pasar di Ghaziabad, India.
Perbuatan curang seorang suami diketahui oleh isterinya apabila melihat suaminya itu membawa wanita lain untuk membeli barangan di pasar berkenaan.
Mungkin terkedu melihat suaminya yang mesra bersama wanita lain, dia terus menerjah suaminya sebelum memukul suaminya.
Pasti luluh hati sang isteri melihat suami yang dicintai dan selama ini mejadi ketua keluarga bertindak curang dengan wanita lain dan lebih muda dan cantik.
Malah ketika kejadian tersebut si isteri tidak bersendirian sebaliknya bersama ibunya sendiri yang datang bersama untuk membeli barangan sebagai persiapan untuk meraikan perayaan Karwa Chauth.
Mesti sedih kan? perkara itu diketahui pada hari perayaan penting.
Karwa Chauth merupakan perayaanagama Hindu, yang lazimnya disambut oleh penduduk di bahagian utara dan barat India.
Lebih malang, selepas lelaki berkenaan dipukul oleh isteri, teman wanitanya mahu membantu bagi meleraikan pergaduhan dan menyelamatkan kekasih daripada terus dipukul oleh isterinya.
Namun dia pula mendapat ‘upah’ apabila turut dipukul wanita berkenaan.
Itulah padah bercinta dengan suami orang!
Kejadian berkenaan menjadi kecoh di pasar berkenaan sebelum orang ramai yang berada di kawasan tersebut cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
Malah pergaduhan berkenaan menjadi tular dalam media sosial dan disaksikan lebih lebih 100 ribu kali.
Difahamkan selepas kejadian berkenaan, wanita berkenaan membuat laporan polis. Dia juga meninggalkan kediaman mereka dan berpindah ke rumah orang tua.
Semoga masalah rumah tangga itu dapat diselesaikan dengan baik. - KitaReporters