Bekas jurulatih di UK jual nasi lemak di Malaysia! Brother Yaya kepingin jadi jurulatih! Ada lesen!
Published byBrother Yaya seorang yang gigih dan tabah bekerja sebagai seorang penjual nasi lemak di Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. - Kredit foto: UM Research Plus.
PEMUDA kulit hitam berusia 38 tahun ini sanggup datang dari Nigeria semata-mata mahu bekerja sebagai penjual nasi lemak. Benarkah niat dan tujuannya begitu?
Kalau anak-anak muda Malaysia (suatu ketika dulu) sanggup bekerja di ladang-ladang anggur, epal, oren dan sebagainya di Australia; mengapa tidak rakyat dari benua Afrika datang pula ke Malaysia dengan tujuan sama mencari rezeki dan kesenangan hidup.
Oluwashola Yaya Olukosi salah seorang individu yang dimaksudkan datang mengembara ke Malaysia kerana kesukaran mendapat pekerjaan di negaranya sendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan nasi lemak
Cita-cita Brother Yaya menjadi seorang jurulatih bola sepak terutama di Asia Tenggara belum lagi tercapai namun tetap sabar menunggu. - Kredit foto UM Research Plus.
Menurut satu hantaran di Facebook (FB) Universiti Malaya, individu ini lebih dikenali sebagai ‘Brother’ Yaya bekerja sebagai seorang penjual nasi lemak di Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya.
“Saya dilahirkan di Lagos,
Nigeria dan sudah berada di Malaysia sejak
2010. Sudah lebih 8 tahun saya
bekerja dengan Nasi Lemak Tanglin,”
kata Yaya.
Dia yang fasih berbahasa Melayu dan sebenarnya dia adalah seorang yang sangat hebat kerana memiliki sijil diploma kejurulatihan bola sepak termasuklah UEFA B Licence yang melayakkan beliau untuk menjadi ketua jurulatih kelab amatur atau penolong jurulatih kelab profesional.
Brother Yaya merupakan bekas jurulatih Wolverhampton bagi pasukan bawah 12 dan 13 tahun dan pada ketika itu beliau turut melanjutkan pengajian dia di Salford College dan Manchester dalam bidang kejurulatihan bola sepak.
“Saya pernah jadi jurulatih untuk pasukan bawah 12 dan 13 tahun di Wolverhampton Wanderers, semasa berada di United Kingdom (UK) dahulu,” kongsi beliau lagi.
Alasan utama Yaya berhijrah di Malaysia adalah untuk mencari pengalaman dan peluang dalam bidang kejurulatihan di Asia Tenggara selepas mendengar nasihat daripada gurunya ketika di UK.
“Ketika sibuk mencari dan mengumpul maklumat mengenai Malaysia, saya tertarik dan terus jatuh
cinta dengan dua keping gambar (ikonik negara) iaitu Kuil Batu Caves dan Menara
Berkembar Petronas.
“Tanpa membuang masa, saya terus buat keputusan untuk berhijrah ke sini,” ujarnya.
Beliau juga menganggap Malaysia adalah syurga makanan dan sebagai seorang Muslim, baginya mudah untuk menikmati makanan halal yang pelbagai jenis.
“Sebagai seorang Muslim, saya rasa seperti berada di syurga
makanan! Walaupun bukan makanan Melayu, saya tetap boleh menikmati pelbagai
jenis makanan, baik makanan Cina, India, dan dari seluruh pelosok dunia, kerana
pasti terdapat versi yang halal di sini.
Tambah Brother Yaya, beliau mahu membawa makanan tradisi nasi lemak ini ke negara asalnya Nigeria jika semua keadaan kembali stabil.
Beliau akui amat mudah menyesuaikan diri dan teruja untuk menjalinkan hubungan bersama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
“Bukan setakat bekerja di lokasi penghasilan makanan kegemaran saya; tetapi juga peluang untuk mendekati masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, namun disatukan oleh makanan yang disayangi.
“Mungkin ini satu konsep yang boleh saya bawa balik ke
negara saya satu hari nanti, bila keadaan kembali pulih,” katanya sebelum
mengakhiri cerita pengalamannya sebagai penjual nasi lemak.
Mungkin suatu hari nanti ada kelab atau pasukan negara berminat untuk melamar Brother Yaya sebagai jurulatih bola sepak. - KitaReporters
Sumber:
https://worldofbuzz.com/ums-yaya-shares-his-story-from-football-coach-to-tanglin-nasi-lemak-vendor/