Video| Nasi goreng ada sayur ke tidak? Pelanggan selamba sound! Hanya sos semata-mata! Harga sama!
Published byTindakan seorang lelaki yang merupakan pelanggan sebuah kedai makan menegur secara berdepan pemilik kedai kerana menyediakan nasi goreng tanpa sebarang sayur mendapat perhatian ramai.
Tindakan berani
dan terus-terangnya itu dipuji kerana tidak semua orang berani melakukannya. Biasanya
apabila kita tidak puas hati, kita akan tinggalkan makanan tersebut tanpa
disentuh (tanda protes) atau bercakap di belakang.
Video berdurasi satu minit tiga saat yang dikongsi dalam TikTok itu menunjukkan lelaki berkenaan terkejut melihat nasi goreng yang terhidang di hadapannya langsung tidak mempunyai sayur. Hanya ada sos semata-mata. Malah, ia kelihatan kosong dan hambar.
“Orang Gurun elakkanlah
pergi kedai ni. Lokasi depan kampung aku. Sudahlah menipu cakap tak betul. Mahal
apa sayur tiada. Nasi goreng sos semata. Apapun tiada,” tulisnya.
Justeru, tidak berpuas hati dengan makanan diterima, tanpa berselindung lelaki tersebut terus mengadu kepada pekerja di situ. Dia mempersoal kenapa nasi goreng ayam yang diminta tidak mempunyai sayur.
Menurut pekerja itu, nasi ayam memang tiada sayur. Jawapan yang diberikan oleh pekerja di situ sangat mengecewakannya.
“Nasi ni memang tiada sayur ke? Sebab sayur langsung tiada. Macam saya goreng di rumah sahaja. Saya selalu juga beli di sini tetapi malam ni pelik tiada sayur. Sayur sawi tiada, apa sayur pun tiada ni. Bayar harga sama jugakan?” soalnya sedikit geram.
Nasi goreng kelihatan kosong dan hambar.
Perkongsian itu mendapat reaksi berbeza netizen. Namun rata-ratanya tidak bersetuju dengan cara peniaga tersebut memberi jawapan.
Andai benar ketika kejadian sayur telah habis, apa salahnya berterus-terang dengan pelanggan. Tidak perlu menipu dan berdalih.
“Mungkin malam tu sayur habis ke. Biasa kalau kedai dia letak sayur banyak. Kita request tak nak sayur baru tak ada sayur,” komen salah seorang netizen.
Ada juga netizen kagum dengan keberanian lelaki tersebut menegur secara berdepan. “Perghh, berani betul tegur depan-depan,” tulisnya seperti kagum.
Ada juga netizen menyokong tindakan lelaki ini kerana kualiti nasi goreng itu tidak padan dengan harganya. “Memang patut dia merungut, harga RM8.50 dapat macam itu,” tulisnya.
Tidak kurang juga yang menyokong pemilik kedai kerana katanya nasi goreng ayam memang tidak diletakkan sayur. - KitaReporters