Video| Berbaloi usaha menabung! Kumpul duit siling dalam tong dram! 8 tahun! Dapat kumpul RM20 ribu!

Published by
KitaReporters

.


Oleh FAUZAN UDA AHMAD


Duit syiling biasanya hanya diguna untuk membeli barangan harga murah atau sebagai penambah harga barangan tertentu dalam nilai kurang daripada seringgit.

Malah ramai yang kurang menghirau duit syiling yang diperoleh sehingga ada dibuang atau hanya diletak di merata tempat.

Tetapi tahukah anda bahawa duit syiling yang disimpan boleh menjadi ‘barang berharga’ satu masa nanti.




Ini dibuktikan oleh lelaki bernama Sadikin, 37,  warga Kampung Simpang Sari, Desa Cikangkung, Kecamatan Ciracap, Sukabumi, Jawa Barat.  

Dia merupakan pengusaha bengkel motosikal dinamakan Satria Motor.  Ahli keluarganya turut membantu mengusahakan bengkel itu.

Sejak 8 tahun lalu, Sadikin menjadikan budaya hariannya untuk menyimpan wang kecil yang diperoleh daripada membaiki motor atau jualan barangan motor dalam sebuah tong dram yang diletak dalam bengkelnya.


Anggota keluarga turut membantu mengira jumlah wang syiling yang disimpan

Kegiatan menyimpan duit syiling bermula pada hujung 2016 dan ia dihitung pada Jumaat 24 Januari 2025. Seramai 12  anggota keluarga mengira syiling dari dalam tong deram itu dari jam 7 pagi hingga 4.30 petang. 

Yudi iaitu abang Sadikin memberitahu Sukabumiupdate.com bagi syiling bernilai Rp500 terkumpul dalam 159 kantung plastik, sementara syiling bernilai  Rp1000 terkumpul dalam 59 kantung plastik.

Duit syiling itu dibawa ke sebuah bank. Mujur bank itu mempunyai beberapa mesin mengira duit syiling bagi membolehkan proses mengira dapat disiap dengan lancar. 

Sadikin menggunakan wang yang diperoleh sebagai belanja tambahan untuk mencantikkan bengkelnya.

Menurut Sadikin dia akan meneruskan kegiatan menyimpan syiling di bengkelnya. Dia berharap kegiatan sebagai hobinya ini  akan memberi faedah kepada dirinya dan keluarga.



Langkah menyimpan syiling pernah dilakukan beberapa warga Indonesia sebelum ini. 

Antaranya ialah penjual air mineral dalam balang, Bambang dari Bojonegoro, Jawa Timur. Dia berjaya mengumpul duit syiling bernilai Rp33 juta (kira-kira RM 10 ribu) hasil tabungan selama 7 tahun. 

Duit syiling tabungannya diguna untuk membelikan anak tunggalnya sebuah motosikal jenama Honda PC secara tunai. Syarikat penjual terpaksa mengguna beberapa pekerja untuk mengira dan ia mengambil masa tiga hari untuk selesai.

Satu lagi kisah ialah seorang penjual murtabak bernama Imam Subhi di Bayuwangi, Yogyakarta dengan hobinya mengumpul duit syiling selama tiga tahun bermula 2020 berjaya mengumpul sebanyak Rp40 juta (kira-kira RM13,500) dan dijadikan wang muka bagi membeli sebuah rumah sederhana. 

Bambang berjaya membelikan motosikal buat anaknya daripada simpanan duit syiling

Kisah  kejayaan ini harus dijadikan inspirasi untuk dilakukan semua orang. Jangan pandang remeh duit syiling. 

Jika setiap duit syling yang diterima dimasuk dalam tabung, ia mungkin boleh diguna ketika sesak atau untuk membeli barang tertentu. - KitaReporters


14
8
0
10
0

Copy Link: