Opah Ngomel| Wahai suami, belanjalah isteri pergi spa! Hargai pengorbanan isteri urus rumah tangga!

Published by
KitaReporters

Bilik urutan yang dikhas untuk suami isteri atau dua sahabat.


BILA sesekali dapat peluang berehat sambil bersantai memanjakan diri di pusat kesihatan, dibelai manja dengan urutan oleh jejari lembut, dioles serata badan dengan minyak wangian herba, betapa nikmatnya dapat "memulihkan semula kesegaran minda dan jiwa" yang selama ini sendat dengan gangguan kerja-kerja rumah tangga atau pejabat.

Namum ramai yang tidak sedar betapa pentingnya kesihatan mental ini sebab semua orang tahu kan, ibu ceria rumah tangga pun diuruskan dengan suasana bahagia. 

Jika anggap selama ini harga khidmat penjagaan diri itu mahal, jangan lupa ada masanya pusat kesihatan ini turut tawarkan promosi berpatutan. Daripada penat menyediakan bahan spa itu baik bayar dan orang tolong buatkan.

Sebab itu juga Opah mahu menasihatkan wahai suami, ambillah hati isteri anda dengan memberi sedikit penghargaan mereka menguruskan rumah tangga dari pagi hingga tengah malam, demi kelancaran kehidupan keluarga. Beri mereka masa bersendirian sebagai hadiah kejutan kepada isteri tercinta.

Apatah lagi 8 Mac 2025 ini ialah Hari Wanita Anatarabangsa 2025, yang dirai di seluruh dunia. Mana sang suami semua? Jangan lari pulak!



Kita bertungku dengan herba yang dihangatkan. Segar dan wanginya.


Itu yang Opah rasa apabila Opah bersama kawan baik ke pusat keafiatan atau SPA (Solus Per Aqua atau rawatan menerusi air) di Sompoton Spa Wellness Retreat di Hotel Dorsett Subang Jaya untuk bersantai atau pergi healing, kata orang muda! 

Dua jam yang mengasyikkan bila mana badan kita dioles manja-manja dari hujung kaki sampai ke rambut dengan diurut oleh jejari lembut sampai terlena seketika.

Lupa segala masalah dunia. Selalunya kita wanita ini mengurut hanya selepas bersalin. Ikut pantang larang ibu beranak dengan mengurut, pakai barut perut, dahi dioles pilis - campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi. 

Akhir sekali dimandikan dengan air hangat yang dicampurkan halia, daun pandang serta herba orang lepas bersalin. 

Macam gitulah bila Opah dilayan bila pergi bersantai "me-time" di Sompoton Spa.


Kita berendam kaki dengan air suam dan disapu guna garam bukit.



Kami dialu-alukan oleh Jess, Manager Spa dan dua perawat dalam usia pertengahan 50-an tapi wajah dan tenaga mereka bak orang muda. 

Nama Sompoton ini diambil sempena alat hiburan orang Sabah dan sesetengah pati herbanya juga dari asal pedalaman negeri itu. Kalu tak nak ke Sompoton Spa di Tingkat 4 Dorsett Hotel, pengunjung boleh ke cawangan Spa itu, di Wyndham Hotel di Midvalley.

Sebenarnya Opah ke Spa ini sebab dapat tawaran promosi selepas menghadiri hi-tea di sini bersama tim Dr Jason Hee, Pengasas Miss Malaysia Kebaya dan Presiden Malaysia Fashion, Modeling and Pageant Awards sempena Tahun Baharu Cina 2025 lalu.


Tanya Jess apa yang harus dilakukan untuk wanita yang berusia matang.


Apa yang dikongsi ialah, sebaik masuk kami dihidangkan secawan teh detok yang berupa teh halia dan serai yang wangi sangat baunya. Kami menikmati keindahan dekorasi tempat itu. Kemudian dihantar ke bilik khas. 

Di sana kami bertukar pakaian spalah (ada yang suka bertuala saja dan saya memakai robe selepas mandi).

Nyamanya bila kaki direndam seberapa ketika. Suasana tenang dan cahaya yang suram itu dengan bauan bunga di kamar mengurut  dan rendaman kaki dengan air garam serta bunga kekwa itu. 

Kami berdua macam mak daralah berceloteh sambil berborak hal-hal yang selalu kami lalui seharian. 

Tiada cerita hal-hal rumah tangga atau karenah anak-anak, cuma bercerita impian wanita pertengahan umur yang hidup bekerja cari duit, sara keluarga, melihat anak-anak membesar dan tiba-tiba rasa dah "tua" dan tenaga pun semakin luntur.



"Aduh kak!...lama kita tak buat ni kan?" Ha dah macam dalam filem la pula, dua wanita healing di spa curi masa bersendirian.

Selalu kawan saya gi spa, misalnya bila bercuti ke Thailand atau Bali yang memang menyediakan kemudahan ini bagi pelancong menghabiskan masa sejam dua. 

Orang kita saja tak suka ke sini sebab mahal dan tidak tahu kebaikannya. Ala setakat RM200 tu bolehlah bayar bukannya selalu, kita manjakan diri sendiri tu!.

"Saya rasa spa ini lebih baik dari luar negara. Urutannya sangat kena dengan urat saya. Rasa lega sangat. Ringan betul badan saya ini," katanya yang terlelap sementara menunggu saya diurut, dioles minyak herba yang sangat wangi dan sesekali terdengar saya mengadu sakit sebab urutannya kuat dan sendi pula ada bunyi kriuk, kriak gitu!.

Memang terasa ringannya badan, rileknya minda dan kebanyakan kita mungkin malu bila kena urut ini sebab badan yang sudah tidak lagi "lawa". 

"Alah kak!..kami mengurut macam-macam bangsa, Cina, Mat Salleh, India dan Melayu," kata Wilma ketika dia menyingkap tuala untuk urut kaki dan belakang saya. Dia tutup bahagian lain dengan tuala bagi menjaga aurat.



Spa yang bermaksud terapi air. Mengikut peredaran zaman, spa berkembang menjadi sebuah pusat kecantikan, bagi merawat tubuh, kesihatan, kesegaran dan nyaman. 

Saya sudah pun menjadi nenek dan masih  suri rumah kerana menjadi ibu rumah ini satu tugasan yang seronok walaupun bukan kerja mudah. Kita membentuk anak-anak penuh kasih sayang, sN mengurus suami bekerja mencari rezeki.



Belanjalah isteri anda untuk terus membolehkan sistem dalam badan kekal cantik, cergas dan minda yang ceria menjadikan mereka isteri yang tersangat bahagia. 

Duit boleh dicari, kebahagian kita yang ciptanya dan belanja isteri bermakna, anda sedang menantang rezeki yang melimpah ruah ke ribaan @ kocek suami.

Tanya isteri apa yang dimahukan atau suami sendiri yang "belanja" kerana ada isteri mahu tetapi bimbang bebankan suami. 

Isteri ini bak "orang kuat" di belakang tabir keluarga, apa salah sesekali belanjakan isteri. Berdating berdua saja, makan malam di bawah cahaya lampu yang romantis dengan hadiahkan bunga atau barang-barang kemas. - KitaReporters



ss

Opah sudah warga emas, eloklah mula mengambil berat penjagaan diri.

17
16
0
10
0

Copy Link: