Opah Ngomel| Keselamatan Online| Hati-hati! COD juga satu peluang untuk scammer menipu kita di rumah!

Published by
KitaReporters


MENJELANG perayaan Aidilfitri hujung Mac 2025 ini, sindiket penipuan dalam talian (scammer) dijangka mengambil kesempatan menghantar barangan yang kita tidak beli dengan "menumpangkan" dalam pembelian barangan yang pengguna berbelanja secara Cash On Delivery (COD) atau bayar tunai waktu terima.

Ini telah pun berlaku pada Opah yang ditipu secara licik oleh scammer, apabila barangan COD yang tidak ditempah dihantar ke rumah dan Opah secara tidak sedar "terbayar" RM70 untuk sehelai baju-T berjenama yang telah disahkan oleh anak-anak, itu baju bundle.

Bukan Opah saja terkena sebab kata penghantar barangan itu, beberapa pengguna dari taman berhampiran termasuk Taman Pelangi dan Saujana Rawang turut menerima barangan COD itu.

Ada kena bayar RM70 hingga RM79 dan pihak yang hantar barangan itu beralamat Jalan Kastam Pelabuhan Klang. 

Scammer dikatakan menghantar barangan COD ini secara rambang dengan serentak dengan barangan COD yang lain dan cuba bayangkan satu taman kalau 10-40 pengguna tertipu, banyaklah keuntungan untuk mereka dapat musim perayaan.


Inilah baju-T berjenama yang Opah kena scam


Seminggu sebelum itu, Opah ada menerima panggilan telefon daripada scammer memberitahu ada barangan yang tidak dituntut tetapi Opah terus mematikan telefon itu. Ini  kerana dari cara dia bercakap pun, kita tahu scammer ini sedang "membaca skrip"  taktik untuk menipu.

Ingatkan dah selesai, rupa-rupanya mereka dapat alamat rumah Opah, tak tahu daripada mana sumber dan ketika penghantar barangan sebenar yang Opah COD itu -  tudung berharga RM9.80 tiba-tiba wanita itu memberitahu, "Kak ada satu lagi barang COD, kena bayar RM70."

Mula-mula itu, keliru juga sebab Opah jarang tempah barangan mahal dalam talian. Selalunya  pakaian dan tudung  nilainya tidak lebih RM50. 

Opah pilih bayar COD sebab bimbang kena tipu walaupun barangan itu kita tempah dari Lazada atau Shopee.  Sebelum ini ada sindiket yang berjaya mengklonkan dua penjual terkemuka itu beberapa tahun lalu.

Sebab itu Opah pilih cara COD kerana dapat barang, baru kita bayar.



Apa nak dikata lagi dalam kita berhati-hati seperti "dipukau" Opah membayarnya walaupun hati tidak rela sebab penghantar itu beritahu,"Mungkin barangan ini akak order daripada WhatsApp. Syarikat ini jual barang mewah dan selalunya mahal barangannya," kata wanita itu.

Sebab "termakan" kata-kata atau Opah mungkin "tertekan" order itu akhirnya, malas nak panjang-panjangkan cerita, Opah bayar saja. 

Buka bungkusan saja, terasa hendak geram sangat. Sehelai T-shirt berlengan pendek, berjenama mewah yang mungkin dari bundle dan kata anak Opah lagi, nilainya tidak lebih RM10 saja.


Penipuan atas talian: Rakyat Malaysia rugi RM1.2 bil dalam 10 bulan

Teo mendedahkan penipuan itu juga berkembang dengan modus operandi baharu, seperti taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa. - Kredit gambar: Bernama



Opah nak mengingatkan anak-anak semua, tahun lepas saja pada 2024, BERNAMA melaporkan rakyat Malaysia kehilangan RM1.22 bilion dalam sepuluh bulan pertama tahun ini akibat penipuan dalam talian dan jenayah siber. 

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mendedahkan penipuan itu juga berkembang dengan modus operandi baharu, seperti taktik penyamaran sebagai pihak berkuasa.

Teo berkata, sejumlah 274 siaran tajaan di Facebook yang menyamar sebagai ejen Jabatan Peguam Negara (AGC) telah dialih keluar dalam tempoh seminggu.


Opah cuba mendapatkan maklumat melalui ChatGPT dan daripada blog Ninjavan - khidmat penghantaran barangan memberi lapan garis panduan sindiket itu menggunakan teknik COD dan apa perlu dibuat jika ditipu!

Apa scammer boleh buat dengan alamat rumah anda, serta cara membuat laporan polis jika ditipu. Di Malaysia, ramai suka Cash on Delivery (COD) sebab nampak lebih selamat — boleh bayar bila barang barang sampai.

Tapi, malangnya, COD juga jadi peluang untuk scammer menipu!

1. Barang Tak Sampai, Tapi Duit Dah Ambil

Ini antara cara scam COD yang paling klasik dan kerap berlaku. Pembeli dah buat bayaran penuh kepada penghantar, tapi barang yang dijanjikan tak pernah sampai. Kadang-kadang, penghantar berjanji nak hantar kemudian hari, tapi lepas tu terus hilang tanpa jejak.

Kes macam ni sering berlaku bila penjual guna akaun palsu yang tak dapat dikesan selepas transaksi.

Jika barang COD tidak diambil, apa yang terjadi? Biasanya, barang akan dipulangkan kepada penjual, tetapi jika penjual adalah scammer, mereka mungkin tidak akan beri sebarang bayaran balik.



2. Barang Palsu atau Rosak

Anda mungkin dah order barang original atau berkualiti, tapi bila dapat, rupa-rupanya produk yang sampai tak sama langsung dengan apa yang dijanjikan. Contoh yang sering berlaku barangan elektronik atau pakaian berjenama di mana pembeli terima barang tiruan yang tak berkualiti.

Mangsa biasanya hanya sedar barang palsu atau rosak selepas pembayaran dibuat, dan masa tu penjual sudah lesap.

💡 Tip: Pastikan anda periksa review pelanggan lain, semak identiti penjual, dan elakkan beli dari penjual yang tak ada reputasi.

3. Penjual Tak Bagi Peluang Periksa Barang

Dalam kes scam ini, penjual akan menggunakan alasan tertentu untuk tidak membenarkan pembeli memeriksa barang sebelum membuat bayaran.

Malangnya, ini taktik licik untuk memastikan pembeli membayar sebelum mereka sedar barang yang diterima mungkin rosak, palsu, atau tak sama langsung dengan apa yang dipesan.

💡 Tip: Gunakan perkhidmatan COD yang membenarkan anda memeriksa barang sebelum bayaran, seperti Ninja Van.



4. Scammer Gunakan Alamat Rumah Anda

Ramai tak sedar, apa scammer boleh buat dengan alamat rumah anda? Jika anda pernah beli dari scammer atau tersilap bagi maklumat peribadi, mereka boleh:

Hantar barang tak diingini ke rumah anda

Gunakan alamat anda untuk scam orang lain

Jual data anda kepada pihak ketiga

💡 Tip: Jika anda pernah beri alamat rumah kepada penjual yang mencurigakan, pantau aktiviti penghantaran dan jangan terima bungkusan mencurigakan yang anda tidak pesan.

5. Scammer Menggunakan bayaran palsu

Kadang-kadang, scammer berpura-pura sebagai pembeli akan tunjuk bukti bayaran palsu kepada penjual. Mereka mungkin hantar screenshot transaksi bank atau e-wallet yang telah di-edit, seolah-olah dah bayar. Padahal, duit sebenarnya tak pernah masuk akaun penjual.

💡 Tip: Jangan mudah terpedaya dengan bukti bayaran palsu. Semak terus dengan bank atau e-wallet sebelum menyerahkan barang.


Kepada pengguna yang terkena tipu, kita boleh membuat laporan di balai polis Polis Diaraja Malaysia (PDRM) atau CCID Infoline at 013-211 1222 atau CCID Scam Response Centre at 03-2610 1559 or 03-2610 1599.  


6. Penjual lari selepas terima bayaran

Dalam kes ini, penjual akan hilang selepas menerima bayaran daripada pembeli. Mereka mungkin tidak dapat dihubungi lagi atau menggunakan alasan yang tidak masuk akal untuk mengelak daripada memberikan barang yang dibeli.

💡 Tip: Jika anda menjadi mangsa, jangan diam sahaja.

7. Scammer Menipu dengan Barang COD Tidak Diambil

Ada juga kes di mana scammer sengaja hantar barang COD ke alamat rawak dan berharap penerima membayar tanpa menyedari mereka tidak pernah membuat pesanan.

Apa yang terjadi jika barang COD tidak diambil?

Jika penerima menolak, barang akan dipulangkan kepada penjual

Jika barang sudah dibuka dan dibayar, sukar untuk mendapatkan bayaran balik

💡 Tip: Jangan bayar barang COD yang anda tidak order. Jika ragu-ragu, periksa dengan syarikat penghantaran.

8. Penipuan Penghantaran

Scammer mungkin menghantar barang lain daripada yang dijanjikan atau lebih teruk, hanya menghantar kotak kosong. Biasanya, pembeli hanya sedar bahawa mereka ditipu selepas barang diterima.

💡 Tip: Sentiasa semak nombor tracking penghantaran sebelum membuat pembayaran. - KitaReporters


13
9
0
13
0

Copy Link: