Video| Ada-ada sahaja! Ibu hamil ngidam disaman polis! Polis tunaikan! Sekatan jalan raya dibuat!

Published by
KitaReporters

.


Ada kaum  wanita apabila mengandung mempunyai keinginan tertentu atau mengidam. Biasanya perkara yang diidam ‘agak luar biasa’ sehingga menyebabkan orang terdekat terbeban untuk menunaikannya.

Pihak suami biasanya mengharapkan si isteri yang mengandung tidak mengidam perkara pelik-pelik atau luar biasa.

Namun seorang wanita muda hamil  dari  Desa Kotasari, Kecamatan Pusakanagara, Pamanukan, Subang, Jawa Barat mengalami keinginan pelik. Dia mengidam untuk disaman oleh polis.

Riah dan suami gembira setelah disaman anggota polis trafik


Wanita hamil bernama Riah mengirim pesanan melalui WhatsApp kepada Polis Subang mengenai hasratnya dan meminta pihak polis mengada sekatan jalan raya dan kemudian menyamannya.

Melihat ia merupakan satu permintaan unik daripada seorang wanita mengandung menyebabkan Ketua Ibu Pejabat Polis Subang mengarahkan Ketua Balai Polis daerah Pamanukan, AKP Udin Awaludin memenuhi permintaan wanita ini.


Mematuhi arahan ketua atasan, AKP Udin mengarahkan sejumlah anggota Unit Lalu Lintas Polsek Pamanukan membuat ‘drama’ dengan mengadakan operasi sekatan lalu lintas.

Demi memenuhi keinginannya, wanita hamil ini dan suaminya sengaja naik motosikal tanpa memakai topi keledar ke lokasi saman Operasi Keselamatan Lodaya 2025 pada Jumaat, 14 Februari 2025.

Ekoran itu, anggota polis trafik bertindak menahan kedua-duanya kerana tidak memakai helmet lalu saman dikeluarkan.

Riah bergambar dengan anggota polis yang menyamannya.

Riah bersama suaminya, Agus, mendatangi kawasan Simpang 4 Pamanukan dan menghampiri anggota polis yang sedang melaksanakan Operasi Keselamatan Lodaya 2025, pada Jumaat, 14 Februari 2025.

Malah dia turut bersalaman dengan anggota polis yang menyamannya. Riah tidak panik menerima saman, sebaliknya ketawa kerana impiannya untuk disaman oleh polis tercapai.


/


‘Drama’ kena saman ini dirakam oleh Ibu Pejabat Polis Subang. Ia kemudian dimuat dalam TikTok dan Instagram, @polres_subang serta polsek_pamukan dan tular setelah dimuat ulang sejumlah sosial media dan turut mendapat liputan sejumlah media cetak dan elektronik. 

Ia mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Ramai yang pelik dengan cara wanita itu memuaskan keinginan mengidamnya. Ada juga yang memuji cara pihak polis melayan karenah aneh masyarakat. - KitaReporters


12
8
0
19
0

Copy Link: