Tolong kami! Bantu KESUMA'24! Rayu Sumbangan Bantuan Dana Pembangunan! Siapkan kontena jadi pejabat!
Published byKegigihan Ahli Kelab Sukarelawan Mahmudah (KESUMA’24) dan sikap bertanggungjawab dalam membantu masyarakat ditimpa musibah mendapat perhatian Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia (PKMM) untuk mengizinkan sebuah kontena menjadi pejabat operasi mereka.
Kontena sepanjang 40 kaki itu merupakan sumbangan sebuah
syarikat swasta dari Kelang, Selangor kepada PKMM untuk digunakan bagi tujuan
aktiviti amal kebajikan supaya berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Setiausahanya, Rozita Yaakob, berkata kontena yang belum dilengkapi kemudahan bekalan elektrik akan dijadikan pejabat, bilik mesyuarat ahli KESUMA’24 dan stor untuk menyimpan barangan serta peralatan apabila keluar untuk mengadakan misi amal kebajikan.
Kerja membersih persekitaran depan kontena sudah dilakukan pada Disember 2024.
Menurutnya, kontena itu juga akan dipasang bumbung untuk
melindungi bahagian atas daripada hujan serta panas terik supaya kekal lama,
manakala persekitarannya pula akan diturap tar atau disimen untuk dijadikan dataran bagi warga emas Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM) menjalankan
aktiviti senaman dan sebagainya.
Tambahnya, persekitaran kontena yang terletak di belakang
PJMM itu juga akan dijadikan ahli KESUMA’24 taman mini yang akan dihiasi dengan
pelbagai pokok bunga bagi mencantikannya untuk menimbulkan suasana nyaman bagi
warga emas beriadah pada waktu pagi atau petang.
“KESUMA’24 juga akan mempelawa dan menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan aktiviti di situ kerana ia lebih luas yang membantu melahirkan suasana tenang serta lapang kerana selama ini warga emas di PJMM menjalankan aktiviti atau atur cara dalam dewan.
“Sehubungan itu sejak dua bulan lalu KESUMA’24 giat mengumpul dana bantuan sumbangan pembangunan RM30,000 bagi tujuan pemasangan bekalan elektrik, bumbung luar dan melengkapkan prasarana pejabat dalam kontena serta akan digunakan untuk aktiviti amal kebajikan,” ujarnya.
Kerja menurap pasir dan batu kerikil turut dilakukan supaya depan kontena bebas daripada semak samun.
KESUMA’24 yang dianggotai ramai sukarelawan berpengalaman dalam aktiviti amal kebajikan bernaung di bawah PKMM beralamat di Lot 459/5, Kampung Sungai Purun, Batu 1½ Jalan Bangi, Semenyih, Selangor.
Rozita berkata, sebelum ditubuhkan setahun lalu sebagai
sebuah kelab secara rasmi, ramai sukarelawan KESUMA’24 membantu PKMM yang
mengurus selia PJMM dalam aktiviti amal kebajikan seluruh negara.
Jelasnya, sebagai mengelak salah faham KESUMA’24 diwujudkan untuk mencari dan mengumpul sumbangan dana bagi menganjurkan aktiviti sosial masyarakat dan amal kebajikan di samping meringankan kos operasi PJMM yang sentiasa meningkat terutama membabit penyediaan makanan warga emas.
Tambah Rozita, KESUMA’24 juga akan bertindak sebagai perantaraan kepada PKMM dengan badan korporat, agensi kerajaan dan swasta serta NGO lain dalam menyalurkan bantuan amal kebajikan untuk mereka yang memerlukan bantuan termasuklah mangsa bencana alam seperti banjir.
Ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia cawangan Bera, Pahang bergambar di sisi kontena yang akan menjadi pejabat operasi KESUMA'24 selepas melawat sekitar PJMM.
Menurutnya, ahli KESUMA’24 mengikuti pelbagai misi yang
dianjurkan oleh PKMM berkenaan seperti agihan bakul makanan barangan keperluan asas
kepada keluarga miskin, asnaf, rumah anak yatim, pusat atau pondok tahfiz dan
mangsa banjir.
Beliau berkata, seperti mangsa banjir, hasil sumbangan serta
infak pelbagai pihak mereka mengagihkan bakul makanan barangan keperluan asas harian
antaranya di Temerloh, Pahang: Tumpat, Kelantan: Kota Tinggi, Johor: Hulu
Langat, Selangor: Jerteh, Terengganu, Jitra, Kedah dan sebagainya.
Katanya, semua tugas sukarela itu dilakukan dengan penuh
amanah dan bertanggungjawab bagi memastikan sumbangan serta infak daripada
pelbagai pihak berkenaan sampai ke sasaran sebagaimana hasrat mereka yang
bekerjasama dengan KESUMA’24.
“Sehubungan itu KESUMA’24 amat berharap mendapat sokongan serta infak daripada pelbagai pihak dan masyarakat dalam projek Bantuan Sumbangan Dana Pembangunan yang boleh disalurkan terus ke akauan KESUMA’24 bernombor 100 7621 0000 12282 (Kelab Sukarelawan Mahmudah) Agro Bank, Semenyih, Selangor atau scan Kod QR,” ujar Rozita lagi. - KitaReporters
Sebahagian mangsa banjir di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Kedah menerima agihan bakul barangan keperluan asas harian yang dilakukan oleh KESUMA'24 hasil infak penaja utama Yayasan Bank Rakyat dan penyumbang prihatin pada Disember 2024.