Video| Perhatian! Tidak semua lagu Arab doa, salawat! Wanita Arab terkejut! Gagal faham maksud lagu!
Published byBukan sahaja orang Indonesia, malah orang Malaysia juga begitu. Pantang lihat atau dengar bahasa Arab, pasti mereka sangkakan ia doa atau ayat al-Quran atau salawat. Sedangkan ia hanyalah bahasa yang digunakan seharian.
Ini terjadi kerana ramai dalam kalangan kita tidak memahami bahasa Arab. Bagi kita, asalkan bunyi sahaja Arab, ia adalah doa atau ayat-ayat al-Quran atau salawat.
Tabiat dan kefahaman ini berterusan dari generasi ke generasi sehingga ia menjadi satu budaya yang berbahaya. Sehinggakan orang Arab yang datang dan menetap di negara seperti Indonesia dan Malaysia menjadi terkejut.
Inilah yang berlaku ke atas seorang wanita Arab dikenali sebagai Fatimah Jamal yang tinggal di Indonesia. Dia fasih berbahasa Indonesia.
Fatimah berkongsi videonya dalam TikTok yang menyuarakan rasa terkejut (culture shock) dan kebimbangannya dengan budaya tersebut.
"Salah satu kejutan budaya lucu bagi kami orang Arab yang pernah mengalami budaya Indonesia iaitu salawat. Tiada masalah tentang salawat tetapi lagu-lagu yang dipakai dalam salawat.
"Mereka menggunakan lagu Arab sesuka hati tanpa memahami maksudnya. Ini kerana mereka fikir semua lagu Arab itu adalah doa dan salawat. Malah meraka juga menganggap kata-kata Arab adalah doa dan diaminkan," jelasnya terkejut.
Lagu yang telah dijadikan selawat oleh sebuah kumpulan nasyid Indonesia ketika sambutan Maulidur Rasul.
Inilah penyanyi wanita Mesir yang menyanyikan lagu tersebut.
Fatimah juga memberi contoh antara lagu Arab yang telah dijadikan salawat oleh satu kumpulan nasyid Indonesia. Sedangkan lagu tersebut sebenarnya adalah sebuah lagu biasa yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita di sebuah konsert di Mesir.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada segelintir yang malu melihat salah faham itu.
"Ya Allah malunya. Ahli kumpulan qasidah popular pula tu," tulis salah seorang netizen.
Menurut seorang netizen Malaysia, kalau di Malaysia
sambutan maulidur rasul akan dipantau oleh para mufti dan jabatan agama Islam.
"Sambutan maulud di Malaysia, para mufti, astatizah dan jabatan agama akan pantau. Jika ada kesalahan pilih lagu akan dikenakan tindakan," tulisnya.
Malah ada juga yang mendakwa, situasi itu ada juga berlaku di Malaysia. Menurutnya, ia perkara biasa kerana ramai yang tidak memahami bahasa Arab.