Video| Malang nasibmu ibu! Anak-anak pakat rantai lehernya ke pokok! Tinggalkan sendirian dalam hutan!
Published byLokasi di mana wanita malang itu diikat dengan rantai besi pada lehernya dan kemudian rantai itu pula diikat pada sebatang pokok di tengah-tengah hutan di Banten, Indonesia. - Kredit foto: Agensi
SEORANG ibu boleh memelihara sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.
Begitulah ungkapan yang sering kita dengar apabila berlaku kes anak-anak sanggup mendera dan meninggalkan seorang ibu yang tua dan uzur menjadi kisah dalam (keluarga) masyarakat kita.
Bukan setakat itu sahaja malah terdapat segelintir ahli keluarga sanggup pula membuang ibu atau ditinggalkan sahaja di mana-mana (tempat); dan kalau boleh biarlah jauh daripada orang ramai supaya tidak ditemui lagi.
Kasihan dan sayu hati apabila mendengar cerita sedih seumpama itu jika terjadi dalam keluarga kita.
Lagi
Malang nasib seorang ibu yang ditinggalkan sendirian di dalam hutan dengan keadaan lehernya terikat dengan rantai selama lima hari. - Kredit foto: Agensi
Seorang wanita berusia 50 tahun ditemui sekumpulan sukarelawan dalam keadaan lehernya terikat dengan rantai pada sebatang pokok di tengah-tengah hutan di Desa Kampung Baru, Kecamatan Petir, Kabupaten Serang, Banten, Indonesia.
Wanita yang dikenali sebagai Ani dilihat persis seperti seekor anjing yang ditambat di tepi tiang atau pagar dengan seutas rantai besi dalam jarak 1 meter (dari pokok) sehingga sukar baginya untuk bergerak.
Mujurlah ikatan rantai besi itu tidak menjerutkan lehernya
sehingga boleh membawa maut.
Kejadian yang menyayatkan hati itu dipercayai berlaku sejak 17 November 2022 lalu apabila ahli
keluarga wanita malang itu berpakat melakukan perbuatan kejam dengan mengikat ‘rantai
leher besi’ dan meninggalkan dia keseorangan di dalam hutan berdekatan kampung
mereka.
Menurut salah seorang anak wanita itu, Ismail, ibunya mempunyai masalah
kesihatan mental.
Ibunya sering membebel dan mengamuk serta bertindak agresif sehingga menyukarkan mereka (adik beradik Ismail) untuk menjaganya dengan baik, lapor Tribun Sumsel.com.
"Kalau tak buat macam ini, nanti habis semua harta
benda dalam rumah rosak dibaling ibu kerana dia suka mengamuk.
“Bila dah mengamuk pastinya boleh mendatangkan kecederaan
pada orang lain dan kami terpaksa rantai ibu”, jelas Ismail.
Malah Ismail turut mengakui dia terpaksa meminta bantuan
penduduk-penduduk kampung untuk membantu mengikat ibunya bagi mengelakkan
perkara tidak diingini berlaku kepada orang lain.
Ibunya ditinggalkan sendirian di hutan dalam keadaan terikat
dengan rantai selama lima hari.
Ketika ditanya oleh salah seorang sukarelawan, bagaimana ibunya hendak minum air atau makan?
Dia (Ismail) menjawab ibunya hanya minum air hujan dan
sering kehausan.
"Walau buruk atau teruk macam mana sekalipun si ibu, perbuatan seperti ini sangat tidak wajar bagi seorang insan apatah lagi merantai lehernya seperti seekor haiwan," nasihat sukarelawan itu.
Wanita tua itu berjaya diselamatkan dan kemudian dibawa oleh grup sukarelawan itu untuk diberi rawatan dan penjagaan rapi di sebuah rumah penjagaan khas bagi memelihara dan merawat pesakit-pesakit mental. - KitaReporters
Sumber:
https://www.tribunnews.com/regional/2022/11/29/kisah-seorang-ibu-dipasung-di-tengah-hutan-lehernya-dirantai-digembok-kini-dirawat-di-yayasan
www.facebook.com/watch/?v=653074669621192