Jangan risau! Mangsa banjir Terengganu tak berdaftar di PPS layak terima bantuan! Ikrar Exco Negeri!
Published byKeadaan rumah mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut yang mengalami kerosakan teruk dalam kejadian banjir pada 19 Disember 2022.
MANGSA banjir di Negeri Terengganu yang tidak berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir melanda negeri itu pada pertengahan Disember 2022 tetap layak menerima bantuan tunai yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada Disember 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, kelayakan itu akan dinilai oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bagi mengesahkan penduduk di sesuatu kawasan benar-benar terkesan sepanjang tempoh berlakunya bencana terbabit.
Lagi
Hanafiah Mat
Katanya, ada beberapa syarat yang berdaftar serta tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) itu memang layak dapat, termasuk mereka yang daftar tetapi tidak tinggal di PPS.
"Jadi untuk mereka yang terkepung banjir, kawasan rumah dikelilingi banjir walaupun kediamannya tidak dinaiki air serta disahkan memang rumahnya tidak selamat oleh pihak keselamatan terutama polis tetapi dia tidak berpindah boleh buat permohonan melalui JPKK,” katanya.
Sukarelawan Skuad Unity KRT Daerah Besut turun padang membantu membersih sekolah yang terjejas dengan banjir di daerah Besut
Menurutnya, JPKK yang akan mengesahkan sama ada mereka benar-benar terlibat banjir ataupun tidak dan kemudian namanya akan diangkat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diproses bagi menerima bantuan.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sesi Simbolik Penyerahan Sumbangan Bantuan Bencana Banjir Kerajaan Selangor, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima replika cek daripada Amirudin Shari.
Pada majlis itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mewakili Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan RM500 ribu kepada Kerajaan Terengganu yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk membantu mangsa banjir di negeri itu.
Sementara itu, Hanafiah menyatakan pihak Kerajaan Negeri juga
sedang menunggu peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah
hakisan pantai daripada terus berlaku.
"Menteri yang baharu dilantik perlu menyelesaikanya segera kerana semasa kerajaan dahulu telah dibuat penelitian untuk diselesaikan perkara ini," katanya. - KitaReporters
Amirudin Shari bersalaman dengan Hanafiah Mat