Video| Penumpang kelaparan pulang raya! Pemandu bas budiman bawa beraya dan makan di rumah mentua!
Published byKeadaan geografi di Indonesia menyebabkan perjalanan daratan memerlukan jangka yang agak lama untuk sampai ke destinasi.
Perkara menarik dan tular terjadi dalam perjalanan pulang raya baru-baru ini dari Palu, Sulawesi Tengah ke Makassar, Sulawesi Selatan dengan menaiki bas perkhidmatan Borlindo.
Bas bergerak pada waktu malam dengan kelajuan sederhana kerana jalan sesak dan menjelang tengah hari pada hari raya pertama pada Rabu 13 April 2024, para penumpang sudah terasa lapar.
Malangnya kerana hari raya, tiada restoran dan gerai makanan dibuka sepanjang perjalanan.
Satir kemudian masuk ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian dia keluar bersama dua orang yang diperkenal sebagai mentuanya.
Ibu dan ayah mentua Satir memberi sambutan mesra dan mereka dianggap sebagai tetamu Aidilfitri walaupun datang secara mengejut.
Tidak lama kemudian beberapa lelaki dan wanita anggota keluarga membawa beberapa hidangan untuk tetamu. Antara hidangan yang dibawa ialah lontong, rendang, beberapa jenis kuih dan minuman.
Penumpang bas yang sudah kelaparan merasai juadah dengan berselera. Ada sejumlah penumpang meminta kebenaran untuk bersolat. Setelah semuanya selesai, Satir meneruskan perjalanan bas menuju Makassar.
Sementara itu, peristiwa menarik ini tular setelah dimuat naik salah seorang penumpang melalui TikToknya. Hasilnya Satir menjadi popular di seluruh Indonesia. Ramai netizen yang memuji sikap terpujinya.