JIKA hari ini kita merasakan kehidupan kita sangat sukar tapi ketahuilah ada lagi insan lain lebih seksa meneruskan perjalanan ini. Namun tetap teruskan kehidupan walaupun dalam keperitan. Baru-baru ini tular kisah sepasang suami isteri warga emas di sebuah kampung di Lubuk Antu, Sarawak yang meneruskan  kehidupan dalam penuh kedaifan di sebuah pondok usang yang kecil tanpa kemudahan elektrik dan bekalan air yang bersih. : KitaReporters 


WARGA emas kelihatan tenang walaupun menghuni pondok kecil yang usang seperti menunggu masa menyembah ke bumi. - Kredit foto facebook Wan Uras Yida.


Lagi kisah-kisah berkaitan rumah usang:

https://kitareporters.com/search?search=usang


Kisah menyedihkan itu dikesan ketika seorang pengguna Facebook Wan Uras Yida bersama rakan-rakannya mengunjungi pondok usang milik pasangan yang berusia 80 tahun itu untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan yang dilakukan setiap bulanan. 

Malah menjadi aktiviti wajib setiap bulan bagi Wan Uras untuk menyalurkan bantuan berupa keperluan asas untuk pasangan warga emas berkenaan dan beberapa lagi penduduk di sekitar.


MASIH cara lama untuk memasak dengan menggunakan kayu api.


Kredit foto: FB Wan Uras Yida


Kongsi Wan Uras walaupun pasangan hidup dalam serba kekurangan namun mereka tetap harungi kehidupan bersama dan kekal bahagia dengan caranya yang tersendiri di rumah usang yang dibina sendiri menggunakan kayu-kayu hutan.

“Ziarah bulanan di Pondok Cinta kali ini saya ambik video sikit untuk renungan Kita bersama… di pondok ini didiami sepasang suami isteri yg sudah tua,” kongsi Wan Uras yang sentiasa turun padang mencari golongan yang memerlukan.

Lebih menyentuh hati lagi, nenek yang berusia 80-an itu mengalami cacat penglihatan bergantung harap sepenuhnya kepada suaminya yang hampir sebaya usianya.

Walaupun kehidupan mereka dalam kekurangan namun kasih sayang antara mereka tetap kuat.

“Apa yang saya nak sampaikan adalah nikmat kehidupan rasa sayang, mereka hidup bahagia sama-sama susah dan senang hingga tua, isteri bersyukur apa yang ada, mereka lebih bahagia dan tenang hidup di kawasan ini tanpa gangguan,” katanya lagi.



Wan Uras menjelaskan pasangan itu memasak menggunakan kayu api dan di ruang dapurnya kelihatan tersusun rapi himpunan kayu api yang disimpan untuk kegunanan seharian mereka berdua.

Menurut Wan Uras yang juga merupakan pemilik kedai makan, menjadi rutin bulanan kepadanya untuk ‘turun padang’ menyerahkan bantuan memandangkan kawasan itu jauh di pedalaman dan  mengambil masa yang agak lama selain sukar pihak lain berkunjung di kawasan berkenaan.

Alhamdulillah!! masih ada insan yang baik hati menghulur bantuan.

Semoga Wan Uras terus diberikan kekuatan dan dimurahkan rezeki untuk terus membantu mereka yang kekurangan. -KitaReporters

1
1
4
0
0

Copy Link: