Video| Alahai anak! Berderau darah! Kanak-kanak perempuan panjat pagar balkoni, berjalan-jalan!
Published byZAMAN sekarang ini di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, ramai antara kita yang menetap di rumah seperti apartmen, flat atau kondominium.
Namun, tahukah anda, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, ibu bapa perlu memantau keselamatan mereka agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan panjat pagar
Tular dalam Facebook, seorang kanak-kanak perempuan dilihat memanjat penghadang di balkoni rumahnya dengan sangat berani tanpa ada pantauan daripada orang dewasa.
Video berdurasi 40 saat itu tular dalam media sosial dilihat sangat menggerikan. Rata-rata warganet turut risau akan keselamatan kanak-kanak ini.
Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Warga Taman Keramat dalam media sosial Facebook, kelihatan kanak-kanak perempuan tersebut dengan berani berjalan di luar beranda rumah sebelum memanjat semula ke dalam rumah.
Ramai wargamaya memberi pesanan kepada pemilik rumah untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang pagar besi di luar rumah bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku kepada kanak-kanak lain di luar sana.
Semoga semua ibu bapa yang berada di luar sana, lebih peka dengan keselamatan anak-anak ketika berada di rumah -KitaReporters