Video| Reda jika bawa maut! Ingin mati dalam berdakwah! Bukan untuk propa! Nak tunjuk kesan sihir!
Published byDENGAN sudah memiliki nama besar, pendakwah terkenal Dato’ Ustaz Mohammad Kazim Elias (DUKE), 49, tidak perlu berbuat propa atau melakukan apa-apa perkara gimik untuk tarik perhatian.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ustaz Kazim Elias
Ini kerana banyak ahli perubatan moden dan tradisional yang ditemui selama ini ‘menyerah’ untuk merawat penyakitnya.
Penyakit misteri akibat sihir yang dialami lebih 20 tahun iaitu sejak tahun 1997 kini semakin serius. Ia dipercayai dihantar orang yang tidak ingin melihat dirinya ligat berdakwah.
Namun ia tidak mematahkan semangat Ustaz Kazim untuk melakukan kegiatan dakwah dan reda jika penyakit misteri itu membawa maut. Ini kerana dia berazam untuk mati ketika berdakwah.
Dalam program yang dikendali hos popular Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, Ustaz Kazim selain bercerita mengenai penyakit misterinya, turut memperlihatkan wajahnya tanpa solekan dan bahagian kakinya yang disihir.
Terdapat kesan-kesan berwarna hitam dan darah boleh keluar tiba-tiba. Menurut Ustaz Kazim kesan penyakit misteri itu turut dialami hingga ke bahagian perutnya.
"Sebab itu saya kata tolong bantu saya sebab saya dah guna pelbagai usaha. Saya dah buat lima pembedahan dan saya masuk MRI lebih dari lima kali untuk tengok penyakit saya.
"Ramai yang tolong saya pun surrender tak boleh buat. Mungkin keadaan saya teruk sebab itu saya orang yang betul-betul boleh bantu dan sama-sama dengan yang lain doakan saya," katanya yang berkongsi kisahnya dalam program ‘MeleTOP’.
/
Bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dalam usaha berdakwah dan terpaksa menggunakan solekan apabila berjumpa orang ramai.
"Selama ini saya terpaksa memakai solekan yang tebal apabila hendak keluar rumah. Saya rasa malu untuk berjumpa orang dan keadaan itu membuatkan saya jadi tertekan.
"Walaupun dalam keadaan sakit saya tetap teruskan kerja-kerja berdakwah. Saya tidak mahu mengalah. Kesibukan juga membuatkan saya lupa seketika tentang sakit yang dialami.
"Bertahun-tahun saya tidak boleh tidur malam. Saya hanya boleh tidur dalam kereta. Syukur Tuhan masih berikan saya kekuatan dan tidak merasa letih," katanya dalam program ‘MeleTOP’ juga.
Ustaz Kazim mendedahkan wajah sebenarnya tanpa solekan di mana terdapat kesan parut hitam akibat luka yang berlaku secara tiba-tiba.
Selain itu, dia turut memberitahu pendedahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk marketing termasuk sengaja mahu mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul 'Zim Zim Ala Kazim', terbitan dan arahan Mawi.
Menurut Ustaz Kazim, filem itu bukan rekaan, sebaliknya kisah benar dirinya. Cuma terdapat beberapa adegan dibuat ‘berlebihan’ untuk tujuan perfileman.
Tambah Ustaz Kazim, "Pernah sebelum ini saya mandi menggunakan air yang dibaca dengan ayat suci al Quran dan jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Itulah perbuatan sihir... benda yang menyalahi ada dan kebiasaan kita. Saya dedahkan semua ini bukan untuk tujuan marketing kerana saya tidak perlukan semua itu."
Ustaz Kazim turut berkongsi amalan yang sering dilakukan sebagai pelindung dirinya dan reda jika sakit yang dialami ini menjadi punca kematiannya satu hari nanti.
"Selepas menunaikan solat saya amalkan bacaan ayat Kursi dan juga ayat 56 surah Hud. Itu antara amalan yang membuatkan saya bertahan. Jika sakit ini menjadi penyebab kematian, saya reda.
"Apa yang penting saya mahu mati dalam keadaan terus menyampaikan dakwah," tuturnya. - KitaReporters