Poster bagi menarik perhatian penduduk berkunjung ke Rak Rezeki di Kampung Air Tawar, Besut, Terengganu


Ambil Jika Perlu… Derma Jika Mampu” begitulah tajuk satu poster yang digantung di sebuah rumah di Kampung Air Tawar, Besut, Terengganu, yang kini menarik perhatian penduduk terutama golongan kurang berada untuk menyerbu premis tersebut.

Promosi tersebut amat sesuai terutama sebahagian besar penduduk kampung kini berhadapan dengan kesusahan ketika mereka berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19 yang memaksa mereka duduk di rumah kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bank makanan:

https://kitareporters.com/search?search=bank+makanan


Nik Mazli Mat Yusof (kiri) menunjukkan poster promosi untuk penduduk mengambil barang keperluan harian di Rak Rezeki di rumahnya.


Usaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Air Tawar tersebut seharusnya dipuji dan diberi penghargaan malah patut dicontohi Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain kerana mengambil inisiatif untuk membantu golongan penduduk yang memerlukan bantuan dengan menyediakan program “Rak Rezeki” untuk komuniti setempat.

Dengan menyediakan rak berkonsep bank makanan (food bank) untuk meletak pelbagai jenis barang keperluan di satu lokasi sebuah rumah untuk kemudahan penduduk mengambilnya jika perlu pada bila-bila masa, satu kaedah yang jarang dilakukan oleh pihak lain.


Nik Mazli Nik Yusof


Pengerusi JKPP Kampung Air Tawar, Nik Mazli Mat Yusof, berkata idea untuk berbuat demikian tercetus ketika pihaknya mengadakan mesyuarat jawatankuasa badan itu pada awal tahun 2021 ini dalam usaha membantu penduduk kampung yang terjejas dengan PKPB/PKP.

Katanya, hasil dari keputusan mesyuarat tersebut beliau menjadikan rumah kediamannya untuk meletak rak khas bagi menyimpan barang-barang keperluan untuk penduduk.

Beliau berkata, menerusi konsep itu, penduduk pada bila-bila masa sahaja boleh datang untuk mengambil barang-barang yang diperlukan untuk keluarga masing-masing.


Antara barangan yang disediakan untuk keperluan penduduk


Nik Mazli berkata, bagi fasa pertama program yang bermula pada 23 Januari 2021 pihaknya membelanjakan RM700 untuk membeli barang-barang keperluan harian untuk penduduk kampung tersebut.

“Saya menggunakan wang sendiri dan selebihnya hasil sumbangan jawatankuasa JPKK kampung,” katanya.

Ketika ini, katanya, pihaknya menyediakan 25 jenis barang keperluan asas termasuk lampin pakai buang dan susu bayi.

“Pada asalnya kami mencadangkan untuk meletakkan rak tersebut di masjid, tetapi memikirkan ada pihak yang malu untuk mengambilnya di masjid, maka terpaksa meletakkan barang-barang keperluan itu di rumah saya,” katanya.

Katanya, rak tersebut yang diletakkan di satu susut ruang rumahnya dibuka untuk 24 jam bagi memudahkan orang ramai datang mengambil barang-barang yang dikehendaki.

“Jadi tidak timbul masalah barang-barang itu dicuri orang kerana niat kami memang untuk memberi sedekah jariah kepada mereka yang memerlukannya,” katanya.


Save

Rak Rezeki dibuka 24 jam untuk penduduk mengambil barang keperluan secara percuma


Program berkongsepkan “Derma dan Ambil” ternyata mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. 

Malah ,katanya, bagi yang berkemampuan ramai yang tampil memberi sumbangan untuk dijadikan modal pusingan bagi membeli barang-barang keperluan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya turut mengalu-alukan mereka yang ingin memberi sumbangan kepada program itu boleh menghubungi beliau menerusi talian 019-2779971 atau yang ingin menyumbang kewangan boleh menggunakan akaun Maybank 162179600270 (Nik Mazli). - KitaReporter


13
3
0
0
1

Copy Link: