Aadi Swaroopa! Mampu tulis 2 bahasa guna 2 tangan serentak!
Published byBANYAK perkara pelik yang berlaku dalam dunia ini tanpa kita sedari. Namun, ada antaranya sekadar rekaan atau helah daripada sesetengah pihak yang inginkan perhatian. Selebihnya, ia merupakan anugerah teragung dari Tuhan kepada sesetengah orang. : KitaReporters
Lagi cerita-cerita berkaitan India:
https://kitareporters.com/search?search=india
Terbaru, seorang gadis di India menunjukkan bakat terpendamnya yang mampu menulis dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya secara bersama.
Bukan itu sahaja, dia juga mampu menulis dalam dua bahasa berbeza dengan menggunakan tangan kanan dan kirinya secara serentak.
Ini memang betul-betul pelik dan ajaib!
Nama beliau ialah Aadi Swaroopa. Gadis remaja ini dilaporkan mampu menulis 40 hingga 45 patah perkataan bahasa Inggeris menggunakan kedua-dua belah tangannya dalam masa satu minit sahaja. Ya, hanya dalam masa satu minit sahaja!
Tidak terhenti di situ sahaja kebolehannya. Dia juga dikatakan mampu melakukannya dalam keadaan matanya tertutup.
Selain itu, Aadi turut boleh menulis dua bahasa berbeza secara serentak, iaitu bahasa Inggeris pada satu tangan dan bahasa India (Selatan) pada satu tangan yang lain.
Kita mampu?
Disebabkan gadis ini memiliki kebolehan luar biasa yang pelik, maka Lata Foundation (Yayasan Lata) telah memberi pengiktirafan kepada beliau dalam kategori rekod dunia eksklusif.
Dari mana gadis ini belajar cara menulis menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak dan menulis dua bahasa berbeza?
Menurut ibunya Sumangla Sumadkar, Aadi sudah mampu menulis dengan baik menggunakan kedua-dua tangan sejak seawal usia dua tahun.
Sejak berusia dua hingga tiga tahun, dia sudah boleh menulis dengan baik, bahkan dengan menggunakan dua tangan. Dia juga boleh menulis dengan 10 cara berbeza menggunakan kedua-dua tangannya,” katanya, memetik laporan India Times. - KitaReporters