USTAZ EBIT, ANDA INSAN HEBAT!! JAZZAKALLAH!
Published byEBIT LEW turun padang membantu mengagihkan bantuan tanpa mengira pangkat kepada mereka yang memerlukan. - Kredit foto: FB Ebit Lew
Malah pada awal PKP, Ebit dan kumpulan sibuk mengagihkan bantuan sehingga ada yang mengecam usaha murninya itu.
Namun lelaki mulia itu tetap meneruskan usaha murninya tanpa mempedulikan mulut-mulut jahat berkenaan sebaliknya teruskan perjuangan semata-mata mendapat keredaan daripada yang Esa selain membantu golongan yang memerlukan.
Terbaru, Ebit sempat singgah ke Penjara Kajang ‘bertemu mata’ dengan petugas-petugas penjara dan banduan.
Lawatan berkenaan disambut oleh Pengarah Penjara Kajang, TKP Abdul Halim Ma-Hasan yang membawa kumpulan berkenaan melihat secara dekat kerja-kerja menyiapkan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang dihasilkan oleh 37 banduan yang kini menjadi keperluan mendesak bagi barisan hadapan (frontliners).
Malah ribuan pasang baju berkenaan berjaya diagihkan untuk kegunan barisan depan yang memerangi virus COVID-19 yang melanda negara kita.
Sementara itu, Abdul Halim ketika menerima lawatan berkenaan menzahir rasa syukur dan berterima kasih dengan usaha yang dilakukan oleh penceramah bebas tersebut.
Beliau turut berkongsi khabar bahawa terdapat banduan yang berjaya mengkhatam Quran sebanyak 20 kali selepas mendengar motivasi yang disampaikan oleh Ebit dalam program sebelum ini.
MENYANTUNI warga emas, Noraini Wong yang tinggal bersendirian di Kampung Laksamana, Batu Caves.
“Saya sebenarnya rakamkan program ustaz, saya masukkan program-program ustaz sebagai satu motivasi kepada saya dan lain-lain.
“Hari ni saya masukkan Cinta Quran di Sebalik Tirai Besi, ada banduan yang dah khatam 20 kali dah dalam tempoh PKP ini, Moga Allah balas segala usaha ustaz Ebit dengan jannah,” ujarnya.
Katanya, beliau sendiri tidak mampu lakukan seperti yang diusahakan oleh Ustaz Ebit tapi mempromosikan sumbangan yang dilakukan supaya dapat menyedarkan orang lain.
Dalam kunjungan berkenaan, Ebit turut menyampaikan beberapa sumbangan bagi memberi semangat kepada warden dan banduan yang bertugas.
Perkongsian berkenaan disaksikan secara maya oleh 120,000 orang dan dikongsi 16,000 pengikut dalam Facebook.
Benarlah kata Ebit, Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat!
Semoga lebih ramai lagi dalam kalangan kita yang mulia dan menjejaki hati mulia seperti Ustaz Ebit. - KitaReporters