KEHIDUPAN tiga beradik dipercayai anak yatim piatu tertanya-tanya di dalam hati mereka di mana lagi tempat mereka berteduh dan kepada siapa harus mengadu apabila rumah mereka yang didiami Khairuzaman Mohd Nor, 39; Fakhru Razi, 36; dan Mohd Yazid, 30, di Kampung pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, Kelantan musnah dalam satu kebakaran pada 8 Februari 2021 lalu. 

Apa yang menyedihkan lagi, gambar Mohd Yazid, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang menangis di atas tangga rumahnya yang tidak hangus dalam kebakaran itu, tular dalam laman media sosial selepas kejadian tersebut turut mendapat simpati daripada ramai pembaca.


Lagi kisah-kisah duka berkaitan kebakaran:

https://kitareporters.com/search?search=kebakaran



USTAZ Ebit Lew menunjukkan pelan rumah baharu yang akan dibina untuk tiga beradik yatim piatu kepada Khairuzaman Mohd Nor di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 10 Februari 2021. - Kredit foto: FB Ebit Lew


Mohd Yazid, yang cacat penglihatan, adalah adik bongsu daripada tiga beradik yatim piatu itu berbuat berdemikian kerana dia masih beranggapan sebahagian rumahnya masih ada lagi tidak musnah kesemuanya dalam kebakaran berkenaan. 

Bagaimanapun, kehidupan tiga beradik dirundung dalam kesedihan itu sejak tiga hari lalu akhirnya mendapat simpati daripada penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang juga seorang usahawan berhati mulia selepas berkunjung menemui mereka di Kampung Pengkalan Nangka, Pengkalan Chepa, pada 10 Februari 2021.


EBIT Lew (kiri) bersama beberapa penduduk kampung sedang memujuk Mohd Yazid (dua dari kiri) yang masih bersedih tentang kehilangan rumahnya akibat kebakaran pada 8 Februari 2021. - Kredit Foto: FB Ebit Lew 



Dalam lawatan itu, Ebit Lew memberitahu dia akan membina sebuah rumah baru berharga RM70,000 dalam masa terdekat ini dan beliau juga menyumbang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss sebagai menggantikan sebuah motosikal mereka hangus dalam kebakaran itu.



EBIT Lew melihat rangka rumah tiga beradik yang terkesan dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Nangka pada 8 Februari 2021. - Kredit foto: FB Ebit Lew


KERJA membersih tapak kebakaran dilakukan untuk pembinaan rumah baharu untuk tiga pemuda terbabit. 



Dengan motosikal baharu itu akan memudahkan dua beradik itu menggunakannya untuk meneruskan pekerjaan sebagai pemotong rumput di sekitar kawasan itu. 

Ebit berkata, sebaik sahaja diberitahu bahawa beliau akan membina rumah baharu serta memberi motosikal baharu untuk tiga pemuda terbabit agar meneruskan kehidupan mereka seperti dahulu. 


EBIT Lew memyuarakan hasrat hatinya. - Kredit Foto : Ebit Lew 



``Ya Allah dalam masa sehari dapat semua sekali dan sambil menangis adik beradik itu ucap terima kasih kepada saya (Ebit Lew).

``Hebat abang ini jaga adik Down sindrom dan buta. Setiap malam (sejak kebakaran) akan pergi rumah itu cari rumahnya. Tadi saya cakap nak buat rumah. Dia kata dekat saya tak nak tinggi takut jatuh. Saya kata rumah rendah je,’’ katanya dalam Facebooknya pada 10 Februari 2021.

Ebit memberitahu beliau telah melantik seorang kontraktor untuk membina sebuah rumah mempunyai tiga bilik serta dua bilik air untuk keselesaan tiga beradik itu.


EBIT Lew memberi sumbangan sebuah motosikal baharu kepada Khairuzaman pada 10 Februari 2021 - Kredit Foto: FB Ebit Lew


Sebagai peringkat pemulaan kerja-kerja membersih tapak kebakaran di kampung itu telah dilakukan untuk tujuan pembinaan semula rumah baharu yang dijangka bermula pada minggu depan. 

Dalam kebakaran itu, rumah pusaka milik keluarga mereka musnah dalam kejadian kebakaran tersebut kecuali bahagian tangga serta bilik air tidak hangus. 

Dalam pada itu, Ebit Lew mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB), Menteri ,Ketua Kampung,  masyarakat setempat dan semua pihak yang terlibat memberi kerjasama semasa rombongannya tiba di Kampung Pengkalan Nangka. - KitaReporters


4
1
1
0
0

Copy Link: