Video| Suami durjana! Bunuh, penggal kepala isteri dan diarak di jalan! Akibat disyaki curang!
Published byMONA Heydari dibunuh dengan kejamnya oleh suaminya dan abang iparnya di bandar Ahvaz di barat daya Iran. - Kredit foto: Arab News.
TINDAKAN kejam seorang suami yang durjana dan tidak berperikemanusiaan telah mengemparkan masyarakat Iran apabila dia sanggup membunuh isterinya dengan memenggal kepalanya sebelum diarak kepala mangsa bersama sebilah pisau di tepi jalan sekitar Bandar Ahvaz di barat daya Iran pada 5 Februari 2022 lalu.
Mangsa yang bernama, Mona Heydari, 17, sebelum dibunuh dengan kejam oleh suaminya sendiri bernama, Sajjad Heydari yang juga merupakan sepupu Mona kerana mengsyaki mangsa berkenaan curang dengannya kerana mempunyai lelaki lain.
Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu dilakukan oleh Sajjad dan abangnya di sebuah rumah dan selepas membunuh mangsa, mereka membungkus mayat mangsa dengan kain selimut untuk buang ke dalam semak.
Lagi cerita-cerita ngeri berkaitan pembunuhan
SAJJAD HEYDARI
Memetik laporan agensi berita ASNA, kepala Mona yang dipenggal oleh suaminya dengan wajah tersenyum seolah-olah berbangga ketika dia membawa kepala isterinya itu di sekeliling bandar tersebut untuk ditunjukkan kepada orang ramai sambil tangannya memegang sebilah pisau.
“Kedua-dua suspek merupakan adik beradik itu telah ditangkap oleh pihak polis pada 7 Febuari 2022 dan mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut. Mereka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi,” kata laporan itu lagi.
SELEPAS membunuh isterinya, Sajjad membawa kepala Mona (tangan kiri) yang dipenggal untuk diarak keliling bandar Ahvaz pada 5 Februari 2022 lalu. - Kredit foto: Arab News
Sebelum kejadian itu, pasangan suami isteri terbabit dikatakan sering bergaduh menyebabkan mangsa bersama seorang anaknya yang berumur tiga tahun telah melarikan diri ke Turki.
Menurut laporan akhbar tempatan, difahamkan mangsa melarikan diri untuk tinggal bersama teman lelakinya. Sajjad dan Mona berkahwin ketika Mona hanya berumur 12 tahun.
Namun, Mona yang berada beberapa bulan di Turki itu terpaksa pulang semula ke rumahnya untuk tinggal bersama suaminya selepas dipujuk oleh bapa kandungnya dan Sajjad.
Berikutan kejadian itu yang turut membabitkan kekerasan rumah tangga, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Iran, Ensieh Khazali meminta Dewan Parlimen untuk mengambil tindakan segera selain pihak berkuasa meningkatkan kesedaran terhadap orang ramai supaya kejadian seumpama itu tidak berulang.
Kebanyakan akhbar tempatan dan media sosial turut melahirkan
rasa kesal terhadap kejadian yang tidak berperikemanusiaan itu yang turut
meminta pihak berkuasa perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya kepada
pelaku-pelaku.
Serentak dengan itu, difahamkan pihak berkuasa di negara itu telah menutup laman berita Rokna akibat menyiarkan rakaman video tentang kejadian tersebut yang boleh mengganggui psikologi masyarakat. - KitaReporters